People photo created by senivpetro - www.freepik.com

Pernah lihat susuk badan pelakon aksi Hollywood?

Pastinya anda berasa kagum dengan bentuk badan mereka yang bukan sahaja tegap tetapi nampak sangat mantap! Salah satu bahagian yang pastinya sentiasa diberikan perhatian ialah Triceps.

Sebelum itu ketahui dengan jelas apa itu triceps.

Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outer atau lateral head, inner head, dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.

Ads

Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas, ini kerana apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps.

Empat Step Senaman Bagi Mantapkan Otot Triceps Seperti Aktor Filem Aksi Hollywood!
Man photo created by drobotdean – www.freepik.com

Selain itu, tanpa otot triceps, Anda juga tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan, dan punggung.

Ads

Mulakan dan ikuti bagaimana latihan senaman triceps yang sangat mudah ini dapat membantu anda untuk mendapatkan otot lengan yang lebih kuat dan menarik.

Ads

STEP 1: Close grip push-up

  • Mulakan dengan posisi tekan tubi dan kedua-dua belah tangan haruslah rapat.
  • Rendah kan tangan sama seperti gerakan latihan senaman tekan tubi.
  • Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.

STEP 2: Triceps dip

  • Tempatkan kedua tangan di kerusi dengan jari menghadap ke depan sehingga lengan lurus dan triceps sejajar dengan sandaran kerusi.
  • Luruskan kaki sepenuhnya di hadapan anda dan menempatkan tumit di tanah.
  • Turunkan tubuh badan ke bawah dan naik semula untuk mendapatkan ketegangan di bahagian triceps.
  • Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.

Empat Step Senaman Bagi Mantapkan Otot Triceps Seperti Aktor Filem Aksi Hollywood!

STEP 3: Triceps extensions

  • Mulakan dengan posisi menegak dan letakkan dumbell kedua kedua tangan
  • Tolak kedua-dua belah siku ke atas
  • Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set

STEP 4: Punches

  • Angkat kedua-dua belah tangan seolah-olah seperti ingin menumbuk
  • Lepaskan tumbukan di mulakan dengan tangan kanan dan selepas itu diikuti dengan tangan kiri
  • Tumbukan tersebut haruslah difokuskan pada otot triceps dengan sedikit twist
  • Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set

Selamat mencuba! Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!

https://www.youtube.com/watch?v=HAfhy9ehgWY&t=80s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI