Bukan sekadar mengejar glamour, bahkan mereka ini berusaha mengali ilmu walaupun nilai praktikal yang tinggi dek pengalaman di dalam industri.
Berikut adalah empat selebriti Malaysia yang memiliki tahap pendidikan di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari universiti terkemuka.
Dr. Ahmad Idham
Pelakon, penerbit dan pengarah yang terkenal sebagai hero tv sekitar 90an dan awal 2000an ini merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dala bidang Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia. Dr. Ahmad Idham menerima ijazah tersebut pada sesi konvokesyen UUM kali ke-34 pada tahun 2022.
Sebagai anak seni Tajuk tesis yang disiapkan olehnya bertajuk, “Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu.”
Dr. Syamsul Hirdi (Diddy Hirdy)
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini kini merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Memperoleh Ijazah Kedoktoran dari University of Liverpool, England, pemilik nama penuh Syamsul Hirdy bin Muhid ini mendapat tajaan daripada UUM untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Dr. Fitri Haris
Merupakan salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan UNIC, Dr. Fitri Haris merupakan graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Musicology dari University of Nottingham, United Kingdom. Mermulakan pengajian pada 2015 dia berjaya tamat pada tahun 2019. Seperti Dr. Diddy Hirdy, Dr Fitri Haris juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia.
Dr. Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer)
Komposer dan juri terkenal, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif Warisan Budaya daripada Universiti Utara Malaysia. Kini dia sudah menetap di Kedah dan bergelar Pensyarah dan Pengarah Pusat Budaya & Seni UUM sejak 1 Mei 2023.
Syabas semua kerana jadi anak seni yang versatil!
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!