Bayangkan anda sedang ralit memandu dan tiba-tiba anda dapati lampur ‘CHECK ENGINE’ menyala. Reaksi spontan biasanya kita akan jadi hairan dan risau kerana memikirkan apa yang tidak kena pada kereta.
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telag mengesan ada masalah pada sistem kereta. Dan kondisi ini bergantung kepada jenis, tahun dikeluarkan dan juga model kereta.
Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek. Terdapat segala macam sebab yang menyebabkan lampu ‘CHECK ENGINE’ ini menyala dan jalan terbaik untuk atasi masalah ini ialah melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih terperinci.
APA ITU LAMPU CHECK ENGINE
Ia sebenarnya lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta. Atau dalam bahasa mudahnya sejenis lampu amaran untuk pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada SEBARANG masalah dikesan pada enjin kereta.
Konsepnya sama sahaja dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.
BOLEH DIPANDU ATAU TIDAK?
Ketika anda dapatnya menyala secara tiba-tiba tapi tidak mendatangkan masalah secara langsung kepada kenderaa, ia bermakna anda boleh terus memandunya. Namun pergilah periksa dan dapatkan pendapat dengan mekanik yang pakar dalam hal ini.
Namun berbeza jika anda dapati ada perbezaan ketara ketika memandu seperti dapatinya semakin semput, bergegar atau bunyi yang kuat. Berhentilah dengan segera dan hubungi trak tunda. Kita tidak mahu masalah akan menjadi lebih teruk. Tapi carilah lokasi sesuai untuk berhenti, jangan main berhenti di lokasi tidak dibenarkan.
IA KEKAL MENYALA
Jika lampu ‘CHECK ENGINE’ terus menyala dalam jangka masa yang lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.
TERPADAM DENGAN SENDIRI
Selepas beberapa ketika anda dapati lampu amaran tersebut padan secara tiba-tiba. Usah rasa lega dulu kerana mungkin sistem komputer kereta menyimpan data mengenai masalah yang berlaku. Dan ia boleh diperiksa dengan lebih lanjut di bengkel. Jadi jika ia terpadam sendiri sekali pun, pergilah periksa ya.
RESET LAMPU AMARAN ‘CHECK ENGINE’?
Ada sesetengah pemandu melakukan hal seperti ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa. Ia dilakukan dengan memutuskan sambungan bateru atau pun fius. Namun ia amatlah tidak digalakkan. Ini kerena melakukan perkara ini akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang dan mencegah ia daripada dilakukan.
Satu perkara anda perlu ingat, setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri. Jika masalah yang timbul itu dibaiki ia biasanya akan terpadam dengan sendiri. Atau dipadamkan dengan menggunakan Code Reader. Namun jika ia boleh dibaiki sepenuhnya ia tidak akan kekal lama. Berkemungkinan besar akan menyala semula.
Sumber: mekanika.com.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI