PENYANYI rap Eminem, yang juga dikenali sebagai Marshall Mathers, telah mencapai tonggak bersejarah dengan kejayaannya dirinya bebas daripada penyalahgunaan dadah selama 16 tahun.
Pada usia 51 tahun, Eminem telah berkongsi kejayaan ini melalui muat naik sebuah foto yang memperlihatkan dia memegang cip sebagai simbol kejayaannya.
Imbas kembali di tahun 2007, Eminem pernah mengalami masa-masa gelap apabila dia mengambil dadah jenis Valium dalam jumlah yang melampau, antara 75 hingga 80 biji, yang nyaris meragut nyawanya.
Sejak insiden tersebut, Eminem bertekad untuk meninggalkan kebiasaan buruk itu dan telah mengikuti pelbagai program pemulihan ketagihan dadah.
Sebelum peristiwa tersebut, Eminem mengakui bahawa dia biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 20 biji pil setiap hari untuk memastikan dia dapat berfungsi dengan baik.
Malah, Eminem mengakui bahawa anak perempuannya, Hailie Jade, serta dua anak angkatnya, Alaina dan Stevie, merupakan faktor utama yang mendorongnya untuk berhenti menggunakan dadah.
“Tanpa mereka, saya tidak akan mampu melakukan ini (berhenti menggunakan dadah). Mereka adalah inspirasi terbesar saya,” ujarnya.
Eminem juga menyatakan bahawa pengalaman ‘overdos’ telah membuka matanya terhadap bahaya dadah.
Selain berusaha keras dalam program pemulihan, Eminem menjelaskan bahawa senaman telah banyak membantunya mengurangi ketagihan.
Jadi kalau anda yang betul betul ingin berubah, nekad untuk tinggalkan benda yang tidak baik, pasti menjadi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.