Dunia hiburan dan perniagaan kini sering bertembung antara satu sama lain. Pengaruh besar yang dibawa oleh pemuzik kini merentasi sempadan bukan hanya dalam industri mereka tetapi ke dimensi lebih besar.
Di antara pemuzik yang terkenal melakukan rentasan sempadan ini ialah Kanye West. Selain bergelar sebagai penyanyi, pencipta lagu, pereka fesyen dan usahawan, Kanye West turut berjinak-jinak dalam dunia politik.
Dan terbaru beliau telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk pilihan raya pada tahun ini.
Ikon fesyen yang juga pengasas serta pemilik jenama fesyen popular YEEZY ini menyatakan hasratnya bertanding sebagai Presiden menerusi Twitter kendaliannya.
We must now realize the promise of America by trusting God, unifying our vision and building our future. I am running for president of the United States 🇺🇸! #2020VISION
— ye (@kanyewest) July 5, 2020
Sehingga kini ciapan menerusi Twitter tersebut telah mendapat lebih 517 ribu ulang kicau, 1.1 tanda suka dan 104 ribu kata balas.
Respons yang diterima oleh warganet ternyata bercampur baur. Ada yang menyokong dan tidakkurang jugak bersifat sinikal dengan hasrat Kanye West tersebut.
Di antara figura berpengaruh yang secara terbuka memberi sokongan ialah bilinair terkenal yang juga di antara manusia terkaya di Amerika Syarikat, Elon Musk.
You have my full support!
— Elon Musk (@elonmusk) July 5, 2020
Namun ia bukanlah pertama kali pengumuman seperti ini dilakukan oleh Kanye West. Pada tahun 2015 ketika berada di MTV VMA Awards, Kanye West pernah berseloroh bahawa dia akan bertanding jawatan Presiden untuk tahun 2020.
Manakala pada bulan November tahun lalu dia mengatakan akan bertanding bagi tahun 2024. Sama ada hasrat ini serius atau tidak ramai pengamal media dan penganalisis pilitik mula memberikan perhatian kepada tahap keseriusan Kanye West.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI