Pengaruh Elon Musk dalam dunia moden kini tidak dapat dinafikan. Sama ada dalam industri automotif, matawang kripta serta perkembangan teknologi baharu, apa sahaja yang ‘disentuh’ oleh beliau pastinya mendapat perhatian luar biasa.
CEO Tesla ini cukup terkenal dengan tindakan yang agak radikal dan mengejut dalam beberapa perkara seperti yang dilakukannya sebelum ini menerusi penngenalan flmaethrower menerusi Boring Company miliknya.
Walaupun kenderaan elektrik yang dinantikan ramai, Cybertruck masih belum lagi dihasilkan dan dipasarkan namun ramai sudah mula memberikan minat yang cukup hebat. Terbaru, Elon Musk memperkenalkan produk dalam bentuk wisel yang menyerupai reka bentuk Cybertruck.
Ia dilaporkan sebagai porduk dari Tesla yang paling murah pernah dihasilkan hadir dengan harga USD50 (RM211). Pengumuman tersebut dilakukan oleh Elon Musk menerusi Twitter kendaliannya yang mempunyai lebih 65.1 juta pengikut.
Menerusia hantaran di Twitter pada hari ini Elon berkata, “Tiuolan wisel bersama Tesla!”. Malah dia turut memerli dan menyeru pengguna untuk membeli wisel tersebut berbanding Apple Cloth yang harganya lebih mahal.
Lebih menarik, tinjauan MASKULIN mendapati wisel dari Tesla tersebut telah laku keras dan habis dijual di laman sesawang mereka. Pembelian wisel tersebut dikatakan turut hadir dengan beberapa aksesori lain yang dipercayai tampil dalam bentuk lanyard.
Bagi peminat Tesla khususnya, wisel ini pasti menjadi item rebutan kerana ia dianggap sebagai barang bersifat ‘collectible’. Apatah lagi ia mempunyai betuk sama dengan rekaan Cybertruck yang dilaporkan akan mula dihasilkan pada tahun hadapan.
Harga wisel semahal itu mungkin tidak masuk akan bagi sesetengah daripada kita semua. Namun itulah yang Elon Musk berjaya lakukan kepada peminat setia Tesla serta dirinya. Tinjaun terkini menerusi laman eBay mendapati harga pasaran selepas jualan untuk wisel tersebut di sekitar USD70 hingga USD400!