Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini kembali menjadi milik Elon Musk.
Selepas memperlihatkan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion pada November 2024 lepas, hari ini Elon Musk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $400 bilion.
Nilai kekayaan Elon Musk ini dilihat meningkat lebih laju selari kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sebelum ini, Elon Musk sendiri berkempen untuk Donald Trump.
Ads
Elon Musk dan Trump
Sejak kemenangannya, saham Tesla meningkat naik, disamping Elon Musk yang sedia mempunyai syarikat lain seperti SpaceX, xAI, X, dan lain-lain. Dua syarikat dengan nilai yang tinggi dibawah Elon Musk juga adalah SpaceX dengan nilai anggaran $350 bilion, selain xAI dengan nilai anggaran $50 bilion.
Ramai yang menyasarkan beberapa polisi Donald Trump kelak akan membantu Tesla, sekaligus membuatkan lebih ramai membeli saham Tesla, dan menjangkakan ramalan baik untuk syarikat pengeluar kenderaan elektrik berkenaan.
Ads
Mengikut data semasa Bloomberg Billionaires, nilai kekayaan semasa Elon Musk adalah $447 bilion, sementara Jeff Bezos di tangga kedua dengan nilai kekayaan $249 bilion.
Tiada apa yang mustahil jika ketekunan dan usaha mengiringi setiap langkah. Inilah yang sesuai penulis gambarkan mengenai kejayaan Azarin Razali demi membawa jenama Gospeedi ke persada antarabangsa.
Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Tauke Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia
Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan halangan lelaki ini mengasas Good Take Care Trade sehingga mencapai gelaran perintis kerusi roda bermotor pertama negara.
Mengikut laporan, Azarin memberitahu, hidupnya satu ketika dahulu tidak ubah seperti lelaki lain yang bebas bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang kekangan.
Namun, ujian ALLAH yang datang tanpa diduga membuatkan hidup bapa kepada empat cahaya mata tersebut berubah 360 darjah selepas disahkan lumpuh separuh badan buat selama-lamanya.
Ujian Allah
“Pada awalnya, saya mengalami masalah kaki kebas dan susah nak berdiri. Apa yang membuatkan saya risau, ia semakin teruk sehingga terpaksa mendapatkan pemeriksaan doktor.
“Alangkah terkejutnya bila doktor maklum saya sebenarnya mengalami masalah radang saraf tunjang. Paling saya tak boleh terima, hakikat lumpuh seumur hidup,” katanya yang didiagnosis penyakit itu pada tahun 2015.
Akui anak jati Melaka itu, untuk bangkit semula bukanlah mudah. Apatah lagi dirinya sudah tidak boleh bekerja sebagai kontraktor pembinaan dengan kudrat terbatas.
“Enam bulan saya ambil masa untuk bina semula apa yang hilang. Tipulah saya tak kemurungan dan hilang semangat. Apa lagi memikirkan bagaimana nak mencari sesuap nasi demi menyara keluarga.
“Alhamdulillah sokongan famili dan rakan-rakan, sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk saya kembali berjuang,” ujarnya yang memilih bisnes kerusi roda sebagai pendapatan baharu pada tahun 2017.
Minat Menadalam Dalam Dunia Permotoran
Cerita Azarin, minat yang cukup mendalam dalam dunia permotoran membuatkan dirinya mahu mencipta inovasi kerusi roda yang lain daripada lain dan sesuai untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Tidak hanya model manual semata-mata, usahawan berjaya itu juga menghasilkan kerusi roda bermotor untuk memudahkan OKU bergerak aktif sama ada bersukan, beriadah dan sebagainya.
Berpangkalan di Bandar Tasik Senangin, Mahkota Hills, Lenggeng, Negeri Sembilan, keunikan reka bentuk gabungan komponen tambahan seperti custer hadapan, rim belakang, rim tayar jenis sukan dan tayar tahan lasak menjadikan ia pilihan ramai.
Lebih membanggakan, pemilik label Gospeedi itu sedang merangka perancangan cukup strategik demi mengembangkan lagi sayap rangkaian produk pada masa akan datang.
MASKULIN: Keadaan hidup mengajar seseorang untuk menjadi lebih berjaya dan gigih mencapai cita-cita tanpa kenal erti lelah.
Popular dengan slogan ‘Tak hensem tak apa janji kaya’, Datuk Dr Nazri Khan cipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 di ‘World Cup Trading Championship’.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records dengan gelaran “Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024.”
Datuk Dr Nazri Khan (kiri),menerima penghargaan daripada Ketua Penyelidikan Malaysia Book of Record, Siti Norhanim (kanan) sebagai anak Malaysia pertama dinobatkan Juara Trader Dunia 2024. – Gambar DDNK
Aktif mempromosikan kepentingan ilmu pelaburan dan kewangan menerusi kelas-kelas saham yang dianjurkan. Di pentas berprestij itu, DDNK merekod pulangan sebanyak 302.5 peratus suku pertama, 179.6 peratus suku kedua dan 357.2 peratus untuk suku ketiga.
Datuk Dr Nazri Khan Juara Trader Dunia 2024
“Dunia trading ini luas. Kita ada teknologi yang besar, Malaysia mempunyai salah satu infrastruktur teknologi terbaik dalam infrastruktur teknologi kewangan dunia.
“Rakyat Malaysia sepatut guna sepenuhnya apatah lagi kita tahu di Malaysia casual trader tak ada cukai, jadi kita perlu ambil kesempatan ini.
“Kita juga ada platform digital yang bagus ada banyak broker yang support trading. Bursa Malaysia pun banyak lancarkan program pendidikan yang bagus,” katanya lagi.
Pencapaian itu juga katanya, adalah bukti keberkesanan kerangka Ekonomi Digital selaras dengan Ekonomi Malaysia Madani, yang menyokong pembangunan modal insan yang berintegriti, inovatif, dan kompetitif di peringkat dunia.
Berikut adalah lima fakta mengenai Dato’ Dr. Nazri Khan, yang dikenali sebagai DDNK, dan pencapaiannya sebagai Juara Trader Dunia 2024:
Pencapaian dalam Kejohanan Dagangan Piala Dunia 2024: Pada suku pertama 2024, DDNK mendahului carta dengan keuntungan sebanyak 282.4% dalam kategori ‘Kejohanan Dagangan Hari Niaga Hadapan Suku Pertama 2024’. – The Vocket
Pengiktirafan sebagai Juara Trader Dunia 2024: DDNK dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024, menjadikannya tokoh ikonik dalam komuniti pelaburan Malaysia.- Ddnk
Peranan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan: Pada Mei 2024, DDNK dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan di Berjaya Mutual Berhad, sebuah syarikat pengurusan dana terkemuka di Malaysia. –GroupM APAC
Pengasas DDNK Holdings Sdn Bhd: Ditubuhkan pada 2016 oleh DDNK, syarikat ini telah memantapkan dirinya sebagai peneraju pendidikan pelaburan di Malaysia.- Ddnk Holdings
Latar Belakang Akademik dan Profesional: DDNK memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universiti Manchester, serta Sarjana dan PhD dalam bidang pengurusan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA). –GroupM APAC
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.
Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.
Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Shah Rukh Khan & isteri, Gauri Khan memainkan peranan mereka membantu negara dalam keadaan meruncing.
Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.
“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”
Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.
Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.