PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT
Nak sihat tanpa memiliki kulit berkedut? Wajib mengambil makanan yang sihat. Perbanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi vitamin C, kurangkan lemak dan karbohidrat bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan awet muda.
Makanan antioksidan seperti ikan, buah-buahan dan juga sayur-saturan akan membantu menjaga kesihatan kulit serta mengatasi masalah kulit berkedut. Pengambilan karbohidrat kompleks seperti gandum, pasta dan protein sihat sangat disarankan.
PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN
Krim anti aging biasanya mengandungi vitamin C dan vitamin E. Tetapi adalah lebih baik jika mengambil antioksidan tersebut dari dalam.
Pengambilan makanan kaya vitamin, mineral selenium boleh menjaga kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Malahan zat-zat tersebut juga mampu melawan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut serta perubahan warna kulit.
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti strawberi, oren, lemon, avokado dan lada benggala mampu membentuk kolegan yang dapat menegangkan kulit, terutama pada bahagian perut.
HINDARI SINARAN MATAHARI
Kerosakan kulit juga boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Jadi, sebab itulah sangat penting melindungi kulit dari sinaran matahari.
Pilihlah produk pelindung sinaran matahari yang mengandungi zinc oxide, titanium dioxide atau avobenzon. Krim pelindung yang mengandungi SPF 30 atau lebih adalah pilihan terbaik.
Jika perlu, pakailah topi, baju berlengan panjang dan elakkan terkena sinaran cahaya matahari secara langsung sekitar jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang kerana pada ketika itu sinarannya terlalu panas.
BERSENAM DENGAN TERATUR
Jika sebelum ini jarang bersenam, sebaiknya cubalah jadikan bersenam sebagai salah satu aktiviti harian. Ini adalah kerana bersenam punya banyak kebaikan kepada setiap bahagian badan, termasuklah untuk mencegah kulit berkedut.
Bersenam dapat meningkatkan perjalanan darah dan membantu memelihara kesihatan kulit. Pengaliran darah akan membawa nutrisi dan okisigen, sehingga dengan mudah menghasilkan kolegan yang akan memperlambatkan proses penuaan.
TIDUR PERLU CUKUP
Malahan, peluh yang keluar setelah bersenam juga tidak akan menyumbat liang pori-pori. Selepas bersenam, jangan lupa untuk mencuci muka dan hindari pemakaian headband yang terlalu ketak kerana akan membuatkan peluh berkumpul dan boleh menyebabkan kegatalan.
Sebelum masuk tidur, perhatikan kulit muka. Jika terdapat lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata sembab, ia menunjukkan bahawa kita kurang rehat dan tidur.
Tidur selama 7-8 jam pada setiap malam akan membuatkan badan dan kulit menjadi sihat serta bebas dari masalah kulit berkedut.
Selain itu, perhatikan juga gaya atau posisi tidur kita. Jika muka selalu tersembam ke bantal dan bertahun-tahun selalu tidur dalam posisi yang sama, kulit akan jadi berkedut kerana selalu tertekan bantal. Sebaiknya, tidur telentang agar kulit muka kita boleh bernafas.