Jika anda minat kereta, pasti nama ‘timing belt’ sering anda dengar. Apa itu timing belt dan apakah langkah penjagaan yang betul? MASKULIN ada jawapannya.
Pada dasarnya ia adalah tali biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi – yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak.
Dengan kata lainnya, tali sawat atau timing belt dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik.
Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika timing belt rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila timing belt putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka.
Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah.
Semua ini, boleh mengakibatkan Kesan buruk dan membebankan jika timing belt rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar timing belt mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan.
Memandangkan penukaran timing belt tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah
penyelenggaraan.
Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40 Specialist Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian timing belt untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir. Malah ia juga memastikan timing belt anda tahan lebih lama.
Cara-Caranya: