
Walaupun mengetahui yang sarapan pagi sememangnya penting, namun masih ramai yang skip sarapan atas pelbagai alasan.. Jangan sesekali skip sarapan pagi kerana ia dikatakan membuatkan anda nampak lebih cepat tua. Benarkah dakwaan ini? Jom kita ketahuinya.
5 keburukan skip sarapan pagi dan bekerja dengan perut kosong
1. Refleks perlahan
Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif.
Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.
2. Kecekapan kerja menurun
Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum.
Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.
3. Cenderung menjadi obesiti
Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.
Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan.
Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.
4. Sembelit
Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif.
Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
5. Penuaan pra-matang
Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat jadi tua!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidur Menghadap Kipas Memang Nikmat, Tapi Ketahui 4 Kesan Buruknya Pada Kesihatan.

Memang syok kalau tidur menghadap kipas angin lagi-lagi bila kita buka speed dia sampai high level. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri sendiri.
Nak tahu apa dia, jom semak!
- Gangguan Pada Pernafasan
Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih atau sebagainya. Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit asma yang pastinya membahayakan kesihatan.
- Penyakit Bell Palsy
Ia merupakan penyakit kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan. Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.
- Kurang Oksigen
Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.
- Kulit Kering
Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk turut akan memberi kesan yang sama pada kulit. Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah, akan menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.
Tip Penggunaan Kipas Angin Secara Sihat
- Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.
- JANGAN gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.
- JANGAN hadapkan kipas angin tepat di wajah, karana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.
- Jika menggunakan kipas ketika tidur, maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.
- JANGAN menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Fikir Anda Kurus Anda Sihat, Sebenarnya Lemak Anda Banyak Terkumpul Di…..

Seseorang yang mengalami obesiti atau kegemukan mudah dikenal pasti saiz, bentuk badan dan melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk atau obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, pengiraan BMI sebenarnya tidak dikira secara tepat kerana tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.
1. Lemak Dalam Badan
Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.
Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi ‘gemuk di dalam’ juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung.
Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.
Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap ‘kegemukan’ harus dirombak semula.
2. Gemuk Dari Dalam
Ia dikenali sebagai golongan “Tofi” – thin outside, fat inside. Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.
3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut atau membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.
Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.
4. Berita Baik
Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.
Sibuk? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.
5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga. Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif, meningkatkan stamina serta meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.
Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu menjadikan amalan bersenam sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.
Semoga tahun baru azam untuk terus sihat kekal dan diteruskan! Selamat Tahun Baru 2018!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Simptom Ini Petanda Bahaya Badan Kamu Terlebih Ambil Gula Dalam Sehari, Please Alert Guys !

Setiap orang boleh mengalami masalah ini bukan tertumpu pada si penghidap kencing manis sahaja. Bahaya pengambilan gula dalam seharian banyak keburukkannya dan boleh mengganggu saraf, saluran darah, dan organ badan.
Bagi mengelakkan komplikasi, ini adalah penting untuk mengenali tanda-tanda membimbangkan dan mengambil langkah yang sesuai.
Ini simptom-simptomnya
1. Kelaparan berterusan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi.
2. Penyebab keletihan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab.
3. Kerap membuang air kecil
Jika gula darah terlalu tinggi, buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan glukosa dalam darah dan dalam sel-sel, melarutkan darah dengan cecair intrasel, sekali gus membawa kepekatan glukosa normal. Ini menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
4. Mulut kering, dahaga berlebihan
Mulut kering dan dahaga yang kuat adalah jawapan kepada kehilangan cecair yang teruk. Baan dapat menilai tahap dehidrasi dan menyebabkan dahaga, menghantar isyarat berkaitan ke otak. Sudah tentu, anda tidak boleh menolak untuk minum, tetapi lebih baik jika anda memilih air atau teh tanpa gula.
5. Pengurangan berat badan
Dengan tahap glukosa yang tinggi, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, walaupun makanan adalah kerap dan mengandungi banyak kalori. Ada beberapa sebab untuk ini:
- Kehilangan cecair kerana kerap membuang air kecil membawa kepada tahap cecair yang rendah pada seluruh badan, dan menyebabkan penurunan berat badan.
- Jika tahap insulin tidak mencukupi untuk metabolisma glukosa, badan akan bertukar kepada pembakaran lemak.
- Satu jumlah yang besar air kencing pada tahap yang tinggi glukosa menjadikan badan menghabiskan lebih banyak kalori. Dengan cara ini, badan cuba untuk “membuang” glukosa yang berlebihan.
6. Penyakit berjangkit
Jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan yis boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Namun lebih kerap mereka ditemui di kalangan wanita yang mempunyai paras gula yang tinggi dan kencing manis. Satu jumlah yang besar gula mewujudkan persekitaran yang baik untuk pembiakan yis dan bakteria.
7. Kulit kering
Kulit kering boleh dikaitkan dengan tahap gula tinggi pada darah untuk pelbagai sebab:
- Kencing berlebihan menyebab badan dihidrasi sehingga tahap yang menyebabkan kulit mula kering.
- Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku pada pesakit kencing manis.
- Saraf yang rosak boleh mengganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air.
8. Sukar menumpukan perhatian
Tahap gula tinggi menghalang glukosa memasuki sel-sel otak, sehingga otak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga. Ini menjejaskan kelajuan pemikiran dan membuat keputusan.
9. Penglihatan kabur
Penglihatan kabur juga hasil daripada kesan dehidrasi disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah – ia juga memberi kesan kepada sel-sel mata. Akibatnya, mereka berubah bentuk dan mata kehilangan keupayaan untuk memberi tumpuan betul.
10. Luka yang lambat sembuh
Ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah akibat paras gula yang tinggi. Ini membawa kepada peredaran darah semaki nteruk, terutama pada anggota badan.
11. Mati pucuk
Kesukaran mengekalkan ereksi juga boleh berlaku terhadap glukosa tinggi dalam darah. Ereksi sihat memerlukan kesihatan saraf, aliran darah yang baik, dan hormon yang betul. Namun lebihan gula dalam darah boleh menjejaskan setiap sistem ini.
12. Cepat marah
Menurut kajian, orang dengan gula yang tinggi adalah lebih cemas, marah, dan cenderung kepada kemurungan. Otak bergantung kepada bekalan yang sama glukosa, dan melompat mendadak paras memberikan kesan negatif terhadap tugasnya. Hasilnya, suasana hati kita tiba-tiba menjadi lebih teruk. Gula juga memberi kesan kepada penyerapan nutrien lain: kromium. Mineral ini diperlukan untuk mengekalkan tahap gula yang stabil dalam darah kerana insulin, yang membersihkan glukosa daripada darah, tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI