Elak Sesak Nafas Semasa Berlari Dengan Teknik Pernafasan Betul Ini!

Share

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kemampuan untuk anda berlari. Antaranya ialah teknik larian seperti bagaimana kaki anda menyentuh tanah, tangan dihayun, jumlah jarak langkah serta ritma larian anda.

Namun antara faktor yang paling penting ialah teknik pernafasan yang betul. Seringkali perkara ini diabaikan oleh ramai orang yang ingin mula berlari. Lalu menyebabkan berlakunya kes sesak nafas. Malah dalam kes lebih kritikal ada yang terkena serangan jantung.

BACA: Sertai Cabaran Virtual Run Individu MASKULIN DARE, Menangi Hadiah Wang Tunai & Smart Watch!

Untuk elakkan perkara buruk berlaku anda perlu persiapkan diri sebelum memulakan larian. Dan teknik pernafasan yang betul amat penting sekali.

Beriku 7 tip penting yang boleh anda amalkan.

1. Gunakan teknik bernafas dalam, bukan nafas pendek.

2. Bernafas sampai ke perut, bukan setakat dada. Bila sampai ke perut maksudnya lagi banyak udara ada di dada.

3. Postur badan jangan bongkok, sebab kalau bongkok dada akan jadi kecik, so badan kena straight dan buka dada.

4. Bernafas dengan relaks, bukan laju-laju.

5. Bernafas sedut ikut hidung dan hembus ikut mulut.

6. Setiap 3 tapak diam bil sedut nafas, 2 tapak hembus nafas.

7. Kalau dah tercungap-cungap tak cukup nafas, slowkan pace dan cuba ambil nafas dengan tenang.

BERMINAT NAK JOIN? DAFTAR DI SINI!

Published by
Farizul Izwany