Sakit belakang boleh dialami oleh setiap individu tanpa mengira usia. Apabila terjadinya sakit belakang, ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa sehingga menjejaskan kerja-kerja harian anda.
Kebiasaannya kita akan menggunakan minyak angin, koyok ataupun makan ubat untuk meredakan sakit belakang. Namun sebenarnya ada cara lain yang boleh anda anda lakukan untuk meredakan sakit belakang.
Yang paling penting, cara yang dikongsikan ini lebih mudah tanpa anda memerlukan ubat-uabatan. Cara tersebut boleh anda ikuti menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya.
Semoga panduan ini dapat membantu meredakan sakit belakang yang anda alami.
Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.
Ads
Ini yang anda perlu buat:
1. Berbaring dulu
Apa yang boleh kita lakukan ialah berbaring dulu, dan meminta pertolongan dari pasangan kita, sama ada suami atau isteri, atau minta pertolongan dari rakan-rakan jika berlaku di padang atau di tempat kerja.
2. Tuam ais selama 20 minit
Dapatkan ais. Letakkan dalam tuala bersih. Tuam ais pada bahagian yang sakit selama 20 min. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Lakukan beberapa kali sehingga rasa sakit hilang.
Selepas kira-kira 48 jam, bertukar menggunakan tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot. Celup tuala dalam air yang panas, perah keluar, kemudian lipat dan tuamkan ke bahagian pinggang yang sakit. Pastikan tuala itu tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada kulit belakang. Biarkan selama sehingga 20 minit. Boleh mengulangi tuaman ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari.
4. Buat senaman regangan
Selain itu bolehlah buat senaman regangan dengan cara duduk apabila sakit mula berkurangan. Apabila boleh berdiri, cuba luruskan belakang dengan menolak perut atau pinggang ke hadapan, tahan untuk 10-15 saat kemudian boleh rehat kembali.
Apabila bangun dari tidur, haruslah bangkit secara perlahan-lahan. Saya mencadangkan agar buat senaman regangan dulu. Caranya ialah dengan mengangkat tangan ke atas kepala ketika sedang berbaring. Cuba luruskan secara perlahan-lahan. Kemudian cuba tolakkan pinggang ke atas menjauhi tilam. Tahan 10-15 saat. Kemudian rapatkan lutut ke dadadan peluk sekuat yang mungkin.
Bangun perlahan-lahan dari katil dengan gerakkan badan menghampiri tepi katil. Unjurkan kaki ke luar katil dan bangun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan menolak tilam untuk duduk.
Cara-cara ini mungkin membantu bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang. Jika sakit belakang tidak kurang dengan mengambil ubat penahan sakit atau bertambah kuat atau menyebabkan rasa kebas dan sakit pada kaki, eloklah dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
#HealthDrZubaidi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berenang adalah sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.
Itu sebab badan seorang atlet renang sangat berotot kerana latihannya sangat keras. Setiap kali seorang manusia masuk ke dalam kolam dan membuat latihan berenang, ia akan membakar kalori dalam jumlah yang sangat banyak.
Di bawah ini MASKULIN sediakan beberapa kebaikan kepada mereka yang seringkali membuat senaman secara berenang.
1. Senaman paling murah
Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini.
Ia sama seperti berjogging, tidak perlukan belanja yang tinggi, cuma hanya perlu berlari dan jaga tempo larian. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
2. Bakar kalori dengan banyak
Aktiviti ini dalam masa sejam boleh bantu bakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
Ia juga bantu tingkatkan prestasi paru-paru anda. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
4. Kawal diabetis
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
5. Bantu tingkatkan kesihatan mental
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mahu turunkan berat badan dengan pelbagai cara, tetapi tersilap makan boleh buat badan menjadi semakin mengembang dan gemuk. Ketahui 3 perkara yang boleh membuatkan diet anda silap.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut berbau sememangnya menjadi satu masalah kepada kaum lelaki yang sibuk bekerja, kurang menjaga kerapian rambut. Kita bukan sahaja nak kulit wajah yang nak dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh, rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri kamu.
Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.
1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar.
2# Sikat dan sisir rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik.
3# Guna air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaa air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.
4# Minum banyak air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh.
5# Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau.
6# Cuci rambut setiap hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria.
7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. jadi elakkan stres yang keterlaluan.
8# Yoga atau meditasi
bagi sedikit ruang kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stress dan tekanan terutama mereka yang berkerjaya. Anda boleh melakukan yoga atau meditasi.
Selamat mencuba!
sumber: akmalrusyd.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...