Ada lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik.Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda. Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Berikut merupakan beberapa remedi yang boleh dicuba, ia bukan sahaja berkesan malah dijamin selamat.
Rosemary dan Sage adalah tonik rambut yang sangat baik bagi mendapatkan rambut yang sihat. Rebus setengah cawan rosemary dan setengah cawan sage bersama-sama di dalam air selama kira-kira 30 minit. Biarkan air tersebut sejuk dan gunakannya secara berkala untuk mengurut kulit kepala dan rambut anda. Tonik ini amat berkhasiat untuk rambut dan mampu mencegah banyak isu berkaitan rambut, termasuk masalah uban.
Daun kari perlu direbus dalam minyak kelapa sehingga ia bertukar gelap. Selepas itu, sejukkan minyak tersebut dan urut ke dalam kulit kepala dan rambut anda untuk mendapatkan hasil yang ajaib. Daun kari juga boleh digunakan dengan dadih dan susu mentega untuk faedah yang lebih baik untuk rambut dan mengatasi masalah uban.
Bersama-sama, jus bawang dan jus lemon mewakili gabungan yang sangat kuat untuk mencegah dan mengurangkan uban pada rambut. Sebelum pewarna rambut dicipta, ramai yang menggunakan bawang untuk digosokkan pada kulit kepala mereka untuk merawat uban. Ini kerana bawang mengandungi banyak enzim catalase yang meneutralkan hidrogen peroksida dan meliputi uban.
Selamat Mencuba!
Sumber : Wanista