Tahun 2020 merupakan satu tempoh yang mencabar buat ktia semua. Dengan penularan pandemik yang masih lagi berterusan dan mengakibatkan ramai nyawa terkorban. Malah, ekonomi juga turut mendapat tempis dengan ramai yang terkesan. Ketibaan tahun 2021 disambut dengan penuh optimis. Namun di sebalik itu muncul pula ujian dalam bentuk hujan lebat yang sekali gus mengakibatkan banjir. Banyak lokasi terutamanya di Pantai Timur sudah terjejas. Kita tidak dapat elak untuk mengharungi dugaan ini dengan hati terbuka.
Selain banjir, hujan lebat juga boleh mengakibatkan berlakuknya rantaian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh. Di beberapa lokasi terutamanya di Lembah Klang, cukup berisiko dengan kawasan lereng bukit yang harus diberikan perhatian. Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko perlulah ambil perhatian yang lebih terutamanya kawasan untuk letak kereta.
Sebolehnya kita mahu elak daripada terlibat dalam mana-mana bencanan. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil langkah pencegahan. MASKULIN kongsi beberapa lokasi perlu anda elak untuk parking kereta sepanjang musim hujan seperti sekarang.
Kawasan rendah
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
BACA: Cermin Berkabus Masa Hujan, Ini Cara Nak ‘Settle’kannya Dengan Mudah
Lereng bukit
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
Pantai
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
Bawah pokok
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Buat anda yang terkesan dan terjejas dengan dugaan banjir kali ini, MASKULIN doakan anda untuk tabah menghadapinya. Semoga tahun 2021 memberikan satu harapan yang lebih baik untukkita semua.
Follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI