Gaya Hidup

Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt

Share

Masalah uban dihadapi tak kira lelaki atau wanita. Tapi yang membimbangkan sekarang pada pada usia belum masuk 30 tahun pun dah ramai yang berdepan masalah uban ini.

Kalau ketika ini dah nampak kehadiran rambut putih di kepala, kena segera lakukan sesuatu supaya tak nampak tua sebelum waktu dek uban.

Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya seorang bekas pengusaha salon yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban. Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan dari ahli keluarganya sejak dulu lagi.

Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt

Bahan-bahan:

3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt

 

Cara membuat

1. Kisar kedua bahan sampai sebati.

2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

 

3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

4. Amalkan seminggu 1 kali.

INFO: Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Selamat mencuba.

Sumber: Suzy Honey.

Published by
RE