Pelakon asal Sweden, Alexander Skarsgard kini semakin dikenali ramai dengan deretan filem dan juga drama bersiri popular yang cukup diminati ramai. Pada awal kariernya wajah Alexander menjadi mula mesra di skrin dan di mata peminat dari penampilan menerusi filem komedi ‘Zoolander’.
Selepas ia dia terus mengorak langkah dan tampil menerusi filem-filem seperti ‘The Legenda of Tarzan’, ‘Passing’ dan ‘The Hummingbird Project’. Manakala penampilannya juga turut memberi kesan hasi dari lakonannya menerusi drama bersiri seperti ‘Succession’, ‘Atlanta’ dan ‘The Stand’.
Selain bakat lakonannya, Alexander turut dikenal sebagai seorang pelakon dan anak seni yang sentiasa menjaga penampilan bentuk tubuh badannya dengan baik. Lihat sahaja sosok tubuhnya menerusi karakter Tarzan yang dilakonkan. Memang padu!
Apakah rahsianya Alexander sehingga ia berjaya mendapatkan bentuk tubuh mantap seperti itu?
Menerusi satu temu bual bersama Men’s Health, jurulatih dan pakar nutrisi yang pernah bekerjasama dengannya iaitu Magnus Lygdback berkata Alexnder mengikuti diet yang cukup berdisiplin. Bagi mendapatkan bentuk fizikal Tarzan seperti diinginkan, Alexander menjalani diet dengan tiga kitaran berbeza.
Yang pertama melibatkan ‘bulking phase’ yang kemudiannya diikuti dengan kitaran pemotongan. Ia kemudiannya diikuti dengan tempoh penyelenggaraan, di mana Alexander mesti berusaha untuk mengekalkan jisim ototnya sepanjang penggambaran. Memandangkan fizikal Alexander sudah agak besar dia terus ke fasa pemotongan.
Fasa kedua dan ketiga diet yang dilakukan oleh Alexander banyak berkisar kepada makanan laut dan juga ‘slow carbs’ sebanyak dua kali sehari. ‘Slow carbs’ di sini bukanlah bermaksud makan roti dengan mengunyah secara perlahan-lahan.
Tetapi ia bermaksud jenis karbohidrat seperti beras perang, quinoa, barli, faro dan ubi kentang sejuk. Kesemua bahan ini dimakan bersama makanan laut berserta avokado dan kekacang tanpa garam.
Ketika fasa pemotongan berat Alexander adalah pada bacaan 90 kilogram. Dia mengambil sebanyak 135 gram protein, 70 gtam lemal dan 200 gram karbohidrat setiap hari. Selain itu dia turut mengamalkan minuman bahan campuran dari halia, cayenne dan lemon.
Kemudian dia akan melakukan sesi kardio HITT selama 30 minit sebelum bersarapan dengan 4 biji telur, bayam dan sayur-sayuran.
Tiga jam kemudian, Alexander akan makan snek pertamanya dalam bentuk udang atau makanan laut yang serupa. Selepas tiga jam tiba masa untuk makan tengahari.
BACA: 10 Tanda Anda Sedang Alami ‘Fizikal Stres’, Salah Satunya Wajah Naik Jerawat Teruk
Makanannya terdiri daripada banyak sayur-sayuran, keledek dan salmon. Tiga jam selepas itu adalah snek kedua hari itu iaitu sashimi atau udang galah, diikuti dengan sesi latihan mengangkat berat selama 45-60 minit. Kemudian makan malam: lebih banyak karbohidrat dan protein yang perlahan.
Sepanjang fasa pemotongan ini, Lygdback menyatakan Alexander akan mengelak sebarang makanan bergula atau ‘fast carbs’ seperti roti putih, pasta, kentang lecek, buah-buahan dan juga jus. Dia juga memastikan bahan makanan diambil bebas gluten.