Hand photo created by pch.vector - www.freepik.com

Setiap hari mungkin ada di antara anda sering mengeluh. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat danperubahan fizikal pula berubah dalam sekelip mata.

Lebih mengharukan jika usia tidak mencecah 40-an lagi tapi wajah anda sudah menunjukkan sebaliknya. Ternyata wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mungkin itulah yang anda sering renungi setiap kali memandang cermin setiap pagi.

Kulit wajah merupakan bahagian yang sangat sensitif. Setiap hari ktia terdedah dengan pelbagai jenis kotoran dan cahaya yang boleh membuatkan kulit jadi rosak. Ia tidak berlaku dalam masa singkat tapi perubahan itu boleh berlaku dalam masa tertentu. Sedar tidak sedar, wajah sudah mula nampak lebih tua!

Terdapat beberapa punca dan tabiat yang harus anda elak jika tidak ingin perkara di atas berlaku. Dan masih tidak terlambat untuk anda mengubahnya.

Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.

Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.

TERDEDAH CAHAYA MATAHARI BERLEBIHAN

Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.

IKLAN

PERUBAHAN DALAMAN

Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.

GANGGUAN TEKANAN

Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.

Elak Lakukan Lapan Perkara Ini Kalau Tak Nak Wajah Nampak Cepat Tua
Business photo created by pressfoto – www.freepik.com

POSISI TIDUR SALAH

Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.

MASA TIDUR TAK CUKUP

Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.

IKLAN

TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN

Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Elak Lakukan Lapan Perkara Ini Kalau Tak Nak Wajah Nampak Cepat Tua
Background photo created by photoroyalty – www.freepik.com

TABIAT MEROKOK

Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.

MASALAH OBESITI

Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.

IKLAN

Tip 10 Minit Penjagaan Kulit Lelaki

Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar anda memiliki pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan.

Bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih, sihat dan rapi, luangkan 10 minit untuk melakukan rutin penjagaan kulit ini.

1. Tinggalkan sabun

Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan dalam amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih lagi basah. Tempoh Masa: 2 minit

2. Sental pun penting

Gunakan krim penyental harian bagi tujuan untuk membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda sekali gus menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan penyental pada hujung jari dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit

3. Jangan lupa mandi

Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit

4. Sapuan penting pada kulit

Kulit perlu sentiasa lembap dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi vitamin E dan krim perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI