Makan terlalu banyak atau cepat akan menyebabkan masalah kembung perut dan rasa tidak selesa. Malah kurangnya makanan serat juga boleh menyebabkan sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik.
Gas adalah penyebab utama perut anda mudah kembung, selain sesetengah tabiat yang boleh menyebabkan kandungan gas di dalam perut lebih tinggi dan akhirnya kembung.
Artikel berkaitan: Lelaki Kongsi Petua Kempiskan Perut Yang Maju Ke Depan Guna Lemon & Halia!
Artikel berkaitan: Jenis Makanan Boleh Bantu Kurangkan Gejala Selesema
Untuk mengurangkan udara terlalu banyak ditelan, anda boleh:
– Elak mengunyah gula-gula getah.
– Hadkan minuman berkarbonat.
– Elakkan makanan yang menyebabkan gas, sayur-sayuran seperti dalam keluarga kubis dan kacang kering.
– Makan perlahan-lahan dan elakkan minum dengan straw.
– Guna produk tenusu tanpa laktosa (jika anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa).
– Probiotik juga boleh membantu dengan menambah bakteria baik dalam usus.
– Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
Makanan yang membantu merawat kembung
Ini antara senarai makanan yang bagus untuk merawat penyakit kembung dan cara-cara untuk mencegahnya.
#1: Teh Halia
Halia dapat membantu membuang angin dan toksin dalam badan. Ambil secawan teh halia suam dan minum sebelum, semasa atau selepas makan.
#2: Yogurt
Yogurt mempunyai Loctobacillus dan Acidophilus, kultur aktif yang ada di dalam yogurt. Ia juga dapat melegakan simptom perut mudah kembung.
#3: Batang Saderi
Batang saderi bagus untuk merawat perut berangin. Malah ia juga dapat mengawal pergerakan usus dan boleh mengimbangkan gas di dalam usus.
#4: Bawang Putih
Ambil beberapa ulas bawang putih yang dibuang kulitnya, kemudian hiris nipis-nipis dan rebuskan bersama dua gelas air sehingga menjadi segelas air, lalu diminum.
#5: Teh Pudina
Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina dapat memberi penyembuhan berpunca daripada gas. Namun, berhati-hati kerana pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati.
#6: Tembikai
Buah tembikai mempunyai ciri diuretik semula jadi, selain sebagai sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium penting untuk mengawal masalah kembung perut.
#7: Air Lemon
Lemon adalah diuretik semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut apabila ditambah ke dalam air suam. Minum air lemon suam boleh membantu mengurangkan jumlah garam yang terkumpul di dalam badan. Semasa perut anda bermasalah, pastikan minum air lemon dari cawan dan bukannya dari straw untuk mengelakkan anda menyedut udara secara berlebihan.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI