Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.
Baca: Tip Jogging Supaya Tak Mengah Untuk Beginner
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan bagaimana nak pastikan kaki tidak sakit serta tidak rasa penat ketika berjogging.
#1: Jangan terburu-buru, pastikan anda jogging secara slow & steady.
#2: Sebelum mula berlari, ambil sedikit waktu untuk lakukan warm up dan cool down selepas bersenam.
#3: Pastikan kasut anda sesuai dengan kaki anda dan peralatan yang lengkap.
#4: Mulakan langkah kecil ketika berlari. Lagi kecil lagi bagus kerana dapat membantu untuk kurangkan rasa sakit di tapak kaki ketika berlari.
#5: Bila bernafas, kepala haruslah menegak ke hadapan. Jangan tunduk serta jangan terlalu mendongak ke langit
Baca: Bernafas Guna Teknik Diafragma, Ini Beberapa Tip Yang Anda Boleh Amalkan Ketika Berlari
#6: Pastikan nafas anda tidak tercungap. Tidak perlu tingkatkan kelajuan hingga menggangu pernafasan anda
#7: Jangan gelojoh, fokus pada jarak larian, bukan pada kelajuan. Pembakaran kalori bergantung kepada jarak serta kadar denyutan jantung