Antara perkara yang sering dipandang remeh oleh ramai lelaki ialah kesihatan kulit selepas melakukan senaman.
Ini terutamanya bila melibatkan bakteria dan fungus yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Kedua-dua ‘ejen’ jahat tersebut sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Bahagian badan anda juga tak terkecuali.
Disebabkan kurang penjagaan inilah ramai lelaki alami masalah jerawat yang tumbuh di belakang badan.
Bayangkan bila anda berada di gym, bukan anda saja yang berpeluh bagai nak rak tetapi orang lain juga. Jadi ia merupakan kondisi persekitaran yang amat digemari bakteria dan fungus. Jika anda tak menjaga kebersihan diri selepas melakukan senaman pasti risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kulit juga tinggi.
Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ads
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
GUNA BODY WIPES
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
PRODUK KULIT SESUAI
Ads
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
Ads
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
BERSIHKAN PERALATAN GYM
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
JANGAN BERKAKI AYAM
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Putus cinta atau kematian orang yang tersayang merupakan satu kehilangan yang menyedihkan. Namun jangan disebabkan dua situasi ini, anda alami sindrom patah hati yang keterlaluan.
Menurut perkongsian TheDiagnosa, sindrom patah hati atau perasaan sedih yang melampau ini sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutamanya menyebabkan jantung mengembang seterusnya memberi simptom serangan jantung.
Bukan itu sahaja, sindrom patah hati juga boleh meningkatkan risiko kanser dan jika serius, boleh menyebabkan kematian.
Jadi bagi anda yang mengalami sindrom patah hati, sebaiknya move on. Tinggalkan kenangan silam, tutup buku lama dan buka buku baharu.
Semoga dengan perkongsian ini akan menyedarkan anda betapa berisikonya kesan daripada sindrom patah hati yang keterlaluan ini.
Sekiranya cinta anda ditolak, teruskan berdoa dan berusaha semoga anda bakal bertemu pengganti yang lebih baik.
AWAS. Jika anda masih tidak dapat move on daripada cinta anda yang sudah lepas ataupun terlalu sedih dengan perkara tersebut, maka anda boleh menghadapi Sindrom Patah Hati (Heart Broken Syndrome).
Anda akan mengalami simptom yang sama seperti serangan sakit jantung. Malah anda boleh mati disebabkan masalah ini.
Oleh itu, tinggalkan kenangan silam anda. Jika seorang reject anda, ada 10 lagi yang menunggu.
Sangat kondusif, rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti teruja dengan stail dekorasi yang disampaikan. Memilih warna merah garang sebagai warna utama, gimnasium yang terletak di Uptown Danau Kota ini juga nampak gah dengan hasilan kreatif dari lakaran grafiti benar-benar menghidupkan mood untuk terus beraksi lasak di sini. Lengkap dengan sejumlah alatan senaman berkualiti yang diimport dari luar negara, Brootherhood Gym ini layak dilabel sebagai pusat sehenti kecergasan terbaik yang wajib anda kunjungi sendiri. Di sini juga turut empunyai fasiliti seperti sauna, surau serta menjual serbuk minuman protein yang memudahkan lagi urusan pengunjung.
“Faktor gaya hidup yang berubah menyebabkan ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalkan kesihatan di samping untuk menjaga penampilan. Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban (weight training), kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruskan badan.”
“Sambutan yang diterima setakat tiga bulan kami beroperasi ini amat menggalakkan kerana gimnasium adalah lokasi terbaik dan selamat untuk melakukan senaman. Ruangannya lebih selesa dan tertutup di samping menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta waktu operasi yang panjang. Kebanyakan pengunjung gimnasium saya adalah mereka yang aktif dalam dunia sukan bina badan, di sini kami mempunyai jurulatih terlatih dalam bidang tersebut.”
“Kami juga menawarkan khidmat latihan senaman yang efektif, ruang suasana yang selesa, ada langkah-langkah keselamatan barang-barang pengguna dan semua pengunjung. Kini gimnasium ini hanya akan dibuka kepada ahli yang berdaftar sahaja, kerana kami mahukan pengguna kami merasai rasa eksklusif dan dihargai apabila sertai kami di Brotherhood Gym,”jelas pemiliknya Sir Azri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kehebatan senaman pernafasan cara orang Jepun ini mampu hilangkan berat badan. Memang benar, bukan mudah nak kurus. Tapi pelakon Jepun, Miki Ryosuke membuktikan dengan senaman pernafasan ini membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg.
Ketika pelakon Jepun, Miki Ryosuke menghidapi sakit belakang, doktor menyarankannya beberapa senaman untuk membantu dia menangani kesakitan yang dialami. Menariknya, dia telah menemui satu kaedah senaman yang membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg (28.7lb) dengan ukuran pinggang 12cm (4.7”) hanya dalam beberapa minggu.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Ryosuke menamakan senaman ini sebagai “Tarik Nafas Panjang”. Ia merupakan teknik mudah yang melibatkan beberapa posisi, menarik nafas selama tiga saat, kemudian menghembus dengan kuat selama tujuh saat. Paling menarik, anda hanya perlu melakukannya hanya 2 minit sehari!
Ramai doktor dari Eropah menggalakkan senaman pernafasan ini yang dipercayai dapat menurunkan berat badan. Senaman ini berkesan kerana lemak mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen. Apabila oksigen yang disedut masuk ke dalam sel lemak, ia memecahkannya kepada komponen berbeza (karbon dan air). Jadi, kita mampu membakar lebih lemak apabila badan menggunakan lebih oksigen.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Lakukan senaman ini setiap hari selama 2-10 minit.
Caranya:
Berdiri. Kemudian langkah satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang.
Tegangkan otot punggung anda dan pindahkan berat badan anda ke kaki yang berada di belakang.
Tarik nafas perlahan-lahan selama 3 saat dan angkat tangan anda ke atas.
Kemudian, hembus nafas dengan kuat dalam tempoh 7 saat dengan menegangkan otot-otot anda.
Menurut pakar, teknik senaman ini mampu menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme anda.