Elak Jadi Mangsa Penipuan Pembelian Online, Antaranya Jangan Tergoda Dengan Harga Tak Masuk Akal

Share

Pada masa kini lebih ramai di antara kita lebih selesa untuk membeli belah di atas talian sahaja. Apatah lagi tatkaladunia masih bergelut dengan pandemik C0vid-19, pembelian secara online mampu mengurangkan interaksi fizikal sekali gus meredahkan risiko sebarang jangkitan.

Bukan sahaja menerusi platform e-dagang malah kini laman media sosial telah dijadikan sebagai ‘medan’ perniagan oleh banyak jenama dan juga peniaga. Namun di sebalik keghairahan kita membeli belah secara online, terdapat juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjalankan modus operandi untuk menipu atau menjadi scammer.

Background photo created by snowing – www.freepik.com

Sudah banyak kita lihat kes penipuan di atas talian yang berlaku. Malah pelbagai helah dan taktik digunakan mereka untuk mengambil kesempatan di atas keterujaan pembeli. Kali ini MASKULIN kongsikan beberapa tip untuk anda ikuti agar dapat mengenal menjadi mangsa scammer!

JANGAN TERGODA DENGAN HARGA MURAH

Pernah terfikir kenapa ‘barang baik selalunya berkualiti’? Tepat sekali. Jangan sesekali mudah tertarik mahu tertipu dengan penjualan gajet yang terlampau murah sehingga tidak masuk dek akal. Jika namanya pun gajet, harga mahal kebiasaannya adalah produk yang asli. Be curious when you buy!

PELAJARI SPESIFIKASI PRODUK

Pertama sekali sebelum anda buat keputusan untuk untuk membeli sebarang gajet atas talian, sebaiknya anda mempelajari terlebih dahulu perincian serta spesifikasi gajet yang ingin anda beli.

Ia agak berbeza dari membeli produk fesyen dan sebagainya. Carilah rujukan sebanyak mungkin agar anda tidak tertipu dengan barang yang boleh diklasikasikan palsu.

LIHAT DAN BACA TESTIMONI

Sama juga jika anda membeli produk kecantikan di atas talian. Testimoni adalah cara yang amat selamat dan sesuai buat anda yang sudah biasa membeli online.

Pilihlah penjual yang tidak takut menyertakan sekali testimonial mahupun komen dari pembeli. Baca komen-komen tersebut.

Hand photo created by tirachardz – www.freepik.com

BUAT PERBANDINGAN

Atas lambakan penjual atas talian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa membandingkan harga gajet yang ingin anda beli.

Ya, pastinya kita inginkan harga yang murah namun jangan kerana anda tidak meluangkan masa membandingkan harga, anda terlepas tawaran yang lebih baik.

PERKHIDMATAN LEPAS BELI

Penjual yang baik dan boleh dipercayai pasti akan menawakan perkhidmatan lepas beli yang sewajarnya anda pertimbangkan.

Sekiranya penjual menawarkan wang pulangan, perkhidmatan baiki sekiranya rosak, khidmat nasihat atau sebagainya.

SISTEM PEMBAYARAN

Sebaiknya anda memilih sistem pembayaran yang selamat dan selesa buat anda. Pembayaran paling strategik adalah melalui sistem COD atau cash on delivery.

Atau anda boleh menggunakan khidmat yang ditawarkan platform e-dagang untuk pengesahan sebelum wang anda disalurkan kepada penjual.

Semoga perkongsian ini boleh membuatkan anda dapat elak jadi mangsa penipuan!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim