Pertama sekali MASKULIN ingin tegaskan bahawa tidak semua dan tidak banyak bengkel di negara kita ini yang suka mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Namun ada segelintir yang sedikit tamak sentiasa fikirannya ligat mencari akal untuk menipu dan mengenakan bayaran bukan-bukan kepada pelanggan.
Disebabkan itulah kita harus bijak memilih bengkel yang boleh dipercayai. Sebelum menghantar kereta ke bengkel ambillah tahu serba sedikit tentang komponen kereta anda. Sekurang-kurangnya tidaklah mudah anda tertipu.
Bengkel yang tidak jujur biasanya mempunyai modus operandi tertentu dalam usaha mereka memerangkap pengguna yang mungkin agak naif. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dilakukan oleh pakarradiator.com
yang menyenaraikan beberapa jenis perkara biasa dilakukan mereka untuk menipu pelanggan.Berikut antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh bengkel yang ingin mengambil kesempatan.
Ini antara alasan yang cukup banyak berlaku. Dikatakannya rosak di bahagian tertentu tetapi kerosakan tidak ditunjukkak malah terus tukar komponen baru. Bahkan sampai ke sudah pun tidak ditunjuk kepada kita part yang rosak. Jadi sebaiknya carilah bengkel yang dipercayai dan sentiasa minta tunjuk di manakah bahagian yang rosak. Serta minta mereka jelaskan secara ringkas kerosakan tersebut.
Niat anda nak baiki satu bahagian atau komponen sahaja. Tapi akhirnya segala macam perkara kena tukar baru. Lebih teruk ia ditukar tanpa dibertahu kepada kita terlebih dahulu. Walhal sebelum ini elok sahaja kereta tu.
Sebagai pemilik kereta kita semestinya mahu tahu apakah jenis kerosakan yang berlaku. Namun jika ada bengkel yang berdalih dengan alasan kerosakan terlalu rumit dan sukar untuk dijelaskan kerana anggap kita tak faham maka berwaspadalah.
Anda membayar servis mereka maka anda ada hak untuk tahu setiap perincian kerosakan dan sebarang pembaikian dan pertukaran komponen atau spare part.
Salah satu lagi taktik ialah menyenaraikan komponen dalam caj tapi sebenarnya tidak ditukar pun! Jika pemilik kereta yang kurang arif berkenaan komponen dalaman memang ada potensi untuk jadi mangsa penipuan. Lebih malang bila selepas ambil kereta, kerosakan itu datang kembali sebab komponen yang dikatakan telah ditukar itu betul-betul rosak.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda. Ingat, jangan biarkan diri anda jadi mangsa penipuan! Tak salah pun kalau anda ingin lebih berhati-hati dan banyak tanya.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan video menarik seperti di bawah!
Kredit: pakarradiator.com