Sebagai seorang lelaki, menjaga kesihatan dan penampilan fizikal adalah aspek penting dalam kehidupan seharian. Salah satu cara terbaik untuk memastikan anda kekal sihat dan cergas adalah dengan memantau ukuran lilit pinggang anda.
Tahukah anda bahawa lilit pinggang yang melebihi 85cm boleh menjadi tanda amaran kepada pelbagai masalah kesihatan? Selain itu, ia juga boleh menyebabkan anda dilabel sebagai lelaki “boroi” – satu istilah yang pastinya ingin anda elakkan.
Boroi akan menyebabkan anda mudah kena penyakit ini.
✅ Kencing manis
✅Tekanan darah tinggi
✅Sakit jantung
✅Angin ahmar
✅Gastro-esophageal reflux disease(GERD)
✅Sleep apnea(berhenti bernafas waktu tidur)
Kesemua penyakit ini akan menyebabkan anda mudah mati ketika usia muda.
Bila perut anda boroi, ia sebenarnya menandakan terdapat banyak lemak bukan sahaja pada abdomen anda, tetapi juga pada organ anda terutamanya pada bahagian jantung. Sebab tu ramai orang sakit jantung ini kebanyakan sama ada orang boroi ataupun hisap rokok.
Ads
Ia juga menandakan terdapat banyak juga lemak pada bahagian saluran darah yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di bahagian otak, sesorang itu akan mengalami angin ahmar.
Oleh itu, jgn menganggap boroi itu biasa ataupun handsome kerana anda boleh mengalami pelbagai penyakit disebabkan boroi tersebut.
Ads
Ukuran lilit pinggang yang berlebihan adalah:
⭕️Lebih daripada 85cm – lelaki
⭕️Lebih daripada 80cm – perempuan
Ads
Cuba kurangkan ukuran lilit daripada bacaan ini kerana jika lebih daripada bacaan tersebut, risiko untuk anda menghadapi penyakit yang dikatakan di atas adalah lebih tinggi
Pernah tak anda mengalami situasi dimana semasa memandu, hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Sebelum Memandu Jarak Jauh, Ikut 8 Tip Elak ‘MICROSLEEP’ Ini!
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.
Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh dibuat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Urusan memilih seluar dalam sering kali dipandang remeh oleh golongan Lelaki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah.
Nampak memang benda remeh tapi untuk mengekalkan tahap keselesaan dan kebersihan seluar dalam anda, ramai lelaki yang tidak mengambil kira soal pemilihan dan penjagaan seluar dalam mereka.
Come on, jangan bikin malu lelaki la bro.
1. Pakai tanpa dicuci
Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar.
Ada hal yang lebih tragis perlu anda tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi anda untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
Jangan Pandang Remeh Penjagaan Seluar Dalam, Ini Kesalahan Lelaki Selalu Buat!
2. Kesalahan mengering
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering.
Cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot. Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
3. Pilihan warna yang salah
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih.
Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm nampak lebih jantan.
Jangan Pandang Remeh Penjagaan Seluar Dalam, Ini Kesalahan Lelaki Selalu Buat!
4. Terlalu ketat
Kalau anda rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat anda lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, korang memang silap besar.
Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah anda Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
5. Material yang tidak sesuai
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif anda, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk.
Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.
Bagi yang aktif bersukan mesti pernah mengalami kecederaan apabila kaki terseliuh. Apabila kaki teseliuh, rata-rata daripada kita mengambil langkah sendiri dengan menyapu minyak panas atau mengurut untuk mengurangkan kesakitan.
Namun cara yang kita lakukan selama untuk atasi kaki terseliuh itu salah kerana ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya anda mengalami kaki terseliuh, ini langkah segera yang sepatutnya anda buat sebagaimana yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.