Hari ahad minggu depan umat islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha serta jemaah haji memulakan ibadah Haji. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah Haji, kita akan menyambut perayaan hari raya korban.

Pada hari tersebut, selalunya orang akan melakukan korban dengan membeli bahagian lembu atau haiwan ternakan untuk dikorbankan. Ketika ini, golongan lelaki akan bergotong royong melapah serta menyembelih daging korban.

Namun, terdapat isu kesihatan yang kadangkala kita terlepas pandang iaitu cara pembungkusan daging untuk diagihkan kepada orang ramai.

Seorang Doktor, iaitu Dr. Rosli Abdul Jalil berkongsikan mengapa ianya bahaya untuk membungkusnya menggunakan plastik hitam.

IKLAN

BACA: Apakah Yang Berlaku Jika Kita Berhenti Ambil Daging?

TIADA PAKSAAN UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN PLASTIK SAMPAH HITAM KITAR SEMULA!

Saya menulis berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula.

Di negara maju seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah mereka telah mengharamkan pengunaan plastik sampah hitam kitar semula untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan yang saya tulis TIDAK SESUAI untuk digunakan ketika membungkus daging korban.

IKLAN

BACA: Rugi Kalau Tak Jual, Tukar & Kitar Semula 16 Jenis ‘Sampah’ Ini Sebagai Duit Poket!

Ada bahan kimia bromine dan plumbum

Kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia BROMINE DAN PLUMBUM.

IKLAN

BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab kanser.

Atas faktor di atas juga, negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging korban.

Fikirkanlah bahawa Islam sangat menggalakkan kebersihan dan mengutamakan kesihatan untuk penganutnya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI