Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Ads
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Ads
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Bapa mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bayi itu baru beberapa bulan dilahirkan namun kasih seorang bapa itu sungguh suci dan murni dipandang oleh masyarakat. Pasti ramai sudah tahu apa yang terjadi kepada arwah Adam Rayqal yang berusia 5 bulan yang pada awalnya dilaporkan hilang, namun disembunyikan oleh pengasuhnya sendiri di dalam peti sejuk setelah bayi itu meninggal dunia.
Jika anda dapat saksikan perjalanan kisah ibu bapa Adam Rayqal ini, kita dapat lihat si ibu sebak dengan pemergian anaknya. Netizen sempat merakam detik-detik Farrah Madihah Othman ibu kepada Adam Rayqal yang teriak di luar rumah ketika siasatan polis sedang dijalankan.
“Bagi balik anak aku. Aku yang mengandungkan dia 9 bulan” ini antara kata-katanya ketika itu.
Ibu mana yang tak teriak apabila anak berusia 5 bulan sudah kembali ke penciptaNya. Namun menerusi klip-klip dan gambar yang tersebar, keadaan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi bapa kepada Adam Rayqal kelihatan tenang dan support si ibu walaupun hatinya turut hiba dengan pemergian anaknya itu.
Apa yang kami boleh katakan di sini, si ayah biasanya akan kelihatan tabah dan kuat demi menyokong si isteri walaupun hatinya sedih. Dia sebagai ketua keluarga harus kuat mengharungi perkara-perkara ini agar isterinya tidak mengalami gangguan mental. Isteri merupakan tanggungjawabnya, anak juga adalah tanggungjawabnya. Besarkan pengorbanan seorang suami dan bapa? Kami turut rasa kasihan kepada si bapa.
Beliau memberi kenyataan di Awani dengan berkata, “Kita mengharapkan yang terbaik kepada Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia. Insya-Allah, Adam tunggu kami sama di syurga.”Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi membantu mencari Adam,” katanya.
Jenazah bayi lelaki berusia lima bulan itu selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 malam Rabu di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Kami mendoakan agar keluarga ini kuat menghadapi dugaan Allah S.W.T dan yang bersalah harus diberi hukuman setimpal.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perangai sebenar seseorang itu biasanya boleh kita lihat ketika dia memandu. Adakah dia seorang yang jenis baran suka memaki-hamun atau seorang yang tidak tahu sabar dan sanggup langgar undang-undang jalan raya demi keselesaan sendiri?
Atau adakah dia seorang yang berhemah dan memandu dengan baik dengan memikirkan tentang pengguna jalan raya yang lain. Sebagai contoh penggunaan lorong kecemasan yang membuta-tuli oleh sesetengah pemandu akibat perangai tidak sabar atau ingin memotong barisan ketika dalam kesesakan jalan raya.
Mereka yang berperangai beginilah sebenarnya yang membuatkan kesesakan jalan raya menjadi bertambah teruk.
Bercakap isu berbeza tentang lorong kecemasan pula, dalam tempoh beberapa hari ini warganet cukup heboh memperkatakan tentang kesalahan sekumpulan kelab kereta yang berhenti di lorong kecemasan beramai-ramai dan bergambar.
Memetik laporan Sinar Harian, sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta tular selepas foto dan video mereka diperkatakan ramai kerana berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Raya Temiang – Pantai.
Foto: FCCM – FC Club Malaysia l FacebookFoto: FCCM – FC Club Malaysia l Facebook
Selepas ia mula tular, PDRM telah mengeluarkan kenyataan untuk memanggil ahli kelab kereta berkenaan bagi memberikan keterangan.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Dareh Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu diambil setelah polis mengesan gambar tular di Facebook memaparkan sekumpulan individu dipercayai dari sebuah kelab kereta yang berkumpul di sepanjang lorong kecemasan untuk merakam gambar di Lebuh Raya Temiang-Pantai pada Sabtu lepas kira-kira jam 6.30 petang
“Polis sudah mengenal pasti 48 buah kenderaan yang berhenti di situ dan sebagai permulaan ketua kelab bersama ‘admin’ Facebook kelab berkenaan akan dipanggil memberi keterangan,” jelas beliau lagi.
KESALAHAN SERIUS
Mungkin ada yang sudah tahu atau sengaja tidak ambil tahu atau mungkin juga tahu tapi tidak mempedulikan kesalahan yang merek lakukan. Kesalahan memandu atau berhenti tanpa sebab kecemasan di lorong kecemasan merupakan satu kesalahan yang boleh membawa bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Malah, ia merupakan satu kesalahan serius yang boleh diambil tindakan undang-undang. Mereka yang dipercayai melanggar peraturan jalan raya ini boleh diberi tindakan di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas.
Ujar Mohd Fazley lagi, “Tindakan itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain yang menggunakan laluan ini dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, kaedah itu menjelaskan tiada kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihal yang ditentukan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.
“Selain itu, di bawah Kaedah 53(4) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas, bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, ‘lorong kecemasan’ ertinya lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan raya selorong, dua lorong, tiga lorong atau empat lorong di Jalan Persekutuan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan.
“Hukuman denda boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika sabit kesalahan,” katanya.
Anda sebagai pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan proaktif bagi membanteras mereka yang degil dan berkeras menggunakan lorong kecemasan dengan seberono.
Jika anda sebagai penumpang, boleh ambil foto dan hantarkan kepada pihak berkuasa. Anda boleh lakukannya seperti yaang pernah MASKULIN kongsikan menerusi artikel ini dahulu.
Jadilah pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Kalau cakap bab kecantikan, memang wanita sahaja yang jadi tumpuan. Tapi tidak sekarang, lelaki pun sibuk berlumba-lumba amalkan petua kulit licin supaya dapat wajah dan badan yang cantik, licin dan mulus.
Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk. Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah mengunakan timun dan kapas bulat ni.
Tips ni juga boleh membantu
Getah timun boleh kecutkan jerawat
Cerahkan wajah secara semula jadi
Singkirkan kulit berminyak
Melembabkan kulit
Menghaluskan pori terbuka
Bahan-bahan
Timun & Kapas bulat.
Cara Buat:
1. Blender timun untuk mendapatkan jus timun. Tapis untuk ambil jus timun sahaja. Setengah biji timun boleh celup 16pcs kapas bulat.Celup kapas bulat dalam jus timun tadi.
2. Masukan kapas yang telah di celur dengan jus timun dalam plastik. Plastik tu hampa boleh beli kat kedai plastik.
3. Susun elok elok dan masukan dalam peti ais bahagian sejuk beku. Bila nak gunakan kapas ni. Keluarkan dulu dan biar dalam 5 minit untuk cairkan ais tu dulu.
4. Baki kapas timun yang belum digunakan boleh di simpan dalam peti ais.Kapas timun ni mampu tahan berbulan bulan. Setakat ni aku simpan dalam peti ais dah 2 bulan. Masih elok dan segar.
.
Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.