
Dugaan si pemakai cermin mata, setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata mula la berkabus. Begitu juga bila keluar dari pada pejabat.
Satu hal pula nak kena lap sebelum mula jalan. Ada juga yang terus melangkah dan terlanggar benda gara-gara penglihatan tak jelas gara-gara cermin mata berkabus ini. Bila pakai penutup muka pun sama.
Hanya mereka yang memakai cermin mata saja faham situasi ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata kita berkabus bila keluar dari tempat berhawa dingin dan ketika mengenakan mask.
1. Gunakan cecair pencuci pinggan
Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.
2. Gunakan ubat gigi atau shaving foam
Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap. Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Jenis Kasut Cross Training Yang Paling Sesuai Untuk Anda

Hari-hari gym pun kadang-kadang membosankan juga kan? Berdepan dengan treadmill membuatkan anda tepu dan kurang mendapatkan udara segar. Ada pasti tahu cross training kan? Mungkin dah tiba masanya untuk anda menghabiskan masa anda bersenam di luar pula. Mungkin ada segelintir dari anda mengatakan bahawa tiada beza bersenam di luar dan di dalam gym. Sekurang-kurangnya di dalam gym, kami boleh mengangkat besi. Walaubagaimanapun ia masih sama, dan sesekali badan anda perlukan perubahan.
Untuk itu, memiliki kasut yang tepat untuk anda berlari mungkin menjadi faktor utama. Hati-hati dalam pemilihan kasut, silap haribulan, kaki anda akan berasa sakit dan akan mengeruhkan lagi keadaan. Ini antara kasut yang sesuai untuk anda pakai jika anda memasang niat untuk cross training.
- Under Armour Men’s Phantom HOVR
Tapak kasutnya yang bercirikan wax-based foam, membolehkan impak maksimum dalam latihan disamping keselesaan ketika anda berlari di jalanan mahupun di atas treadmill. Ruang pergelangan kaki lembut dengan sulaman kemas menjadikan kasut ini ringan untuk disarungkan ke kaki anda. Untuk anda yang hanya ingin menggunakan untuk larian biasa, tiada masalah. Namun kepada mereka yang gemar sukan lasak, mungkin anda tidak selesa pada awalnya, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan kasut ini.
- Reebok Fast Flexweave Running Shoe
Sekiranya anda seorang olahragawan dan seorang yang obses kepada fitness, maka kami sarankan kasut ini kepada anda. Kasut baru dari Reebok Flexweave 8-way ini memang menjadi idaman semua orang. Ia bersifat fleksibel secara keseluruhan dan kurang ketat, malah jika anda berlari dengan kasut ini, anda akan rasa ringan dan mudah dibawa. Kasut ini juga lebih kepada santai membolehkan anda fokus dalam pergerakan anda tanpa perlu memikir mengenai kaki anda. Jika anda mahu bergerak pantas dan meyakinkan seperti atlet, ini untuk anda.
- Reebok Fusion Flexweave
Kalau tadi ia lebih kepada pantas, ini lebih kepada sokongan dinamik dengan cengkaman tidak akan membuatkan anda tergelincir. Mempunyai sifat sama seperti Fast Flexweave Running Shoe, Fusion memang selesa untuk anda yang gemar dengan Cross Training.
- Nike Train Speed 4
Bagi anda yang gemar dengan kelajuan, Nikes ini dicipta untuk berlari, berjoging, dan banyak lagi. Ia bukan hanya mampu untuk berlari dalam tempoh lama, tetapi juga untuk menjaga kaki anda untuk terus mara ke hadapan. Terima kasih kepada Nike yang mencipta Nike’s forefoot insert technology. Jika anda seorang yang suka berjogging di atas jalan raya atau kaki lima, ini kasut yang sesuai untuk anda.
- Adidas Alphabounce Beyond
Kasut ini bersifat natural yang mempunyai keupayaan yang hebat. Kredit kepada pereka kasut ini kerana boleh menjadikan bahagian pergelangan kaki tidak terdedah dan selesa memudahkan anda untuk bergerak. Ia juga diperluas untuk membantu mengekalkan pergelangan kaki anda dari cengkaman kuat ketika latihan yang berpanjangan. Tapaknya mempunyai getah yang boleh melancarkan latihan anda walaupun dalam keadaan hujan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Maksud Tersirat Pada Rekaan BAJU MELAYU Tradisional. Sila Ambil Tahu!

Walaupun kita baru masuk ke bulan Ramadan, pasti ramai yang dah pun membeli baju raya ataupun sedang mencari jenis rekaan Baju Melayu yang menarik untuk dipakai sempena hari pertama Syawal.
Namun, dalam keseronokan mencuba design dan rekaan baju melayu moden dan terkini. Jangan lupa dengan asal usul dan maksud tersirat rekaan baju Melayu Tradisional.

Seperti rekaan baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki, pasti ramai yang tak tahu sebenarnya rekaan baju tersebut mempunyai maksud tersendiri. Malah, setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat juga.
Asal usul baju Melayu
Rekaan ini bermula dari 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahunkan satu pakaian diraja.
Dikhabarkan, rekaan baju Melayu ini dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah, dan seluar pula membawa pengaruh dari Turki.
Jom kita lihat antara maksud di setiap rekaan baju Melayu yang mungkin korang tak pernah tahu.
1. Lima butang baju Melayu melambangkan rukun Islam
Maksud lima butang baju Melayu melambangkan kesemua rukun Islam termasuklah mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.
2. Tiga saku baju
Kalau korang perasa, kebanyakan baju Melayu mempunyai tiga saku (poket) di hadapan. Ia membawa maksud akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

3. Sampin
Ingat pakai sampin saja-saja je ke? Ia melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah. Memakai sampin di bawah lutut bermaksud individu tersebut sudah berkahwin, manakala yang memakai di atas lutut bermaksud masih bujang.
Jadi kaum perempuan, kalau nak cuci mata time raya nanti, pastikan cari yang sampin atas lutut je ya? Hiks!
4. Baju Melayu butang Satu
Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Korang boleh melihat rekaan ini pada baju Melayu teluk belanga yang biasanya digayakan oleh masyarakat Melayu di Johor.
Tgk fashion baju raya yg maaf cakap pelik2 ni, seolah2 menunjukkan kita org melayu perlu kaji lebih psl adat, budaya, seni melayu.
Sbb apa yg nenek moyang kita bt dulu, ada makna, falsafah, pengajaran yg tersirat.
Tp dtg generasi yg lakukan bnde tanpa makna, mengubah bnde tu :'( pic.twitter.com/hyQ8mYbVUt— HaarithaTun (@An_Nu3Man) May 6, 2019
Makna disebalik “Baju Melayu”.pic.twitter.com/XvYja6CrTI
— ᵏᵃʸ ケイ (@khairulazim96_) May 7, 2019
Secara keseluruhannya, kita dapat lihat yang rekaan baju Melayu ini sebenarnya banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia. Jadi, tak perlulah nak reka baju-baju raya fancy sebab yang sedia ada dah memang smart untuk dipakai kan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lipat Kaki Seluar Dengan Betul Mengikut Jenis Cutting

Sama ada menggayakan seluar chino, khaki atau jeans pastinya kadangkala anda akan melipat seluar untuk kesesuaian dengan sneakers atau kasut. Tapi apakah teknik lipat kaki seluar yang anda amalkan selama ini. Adakah ia sesuai mengikut gaya atau cutting seluar yang dipakai?
Melipat kaki seluar kini bukan semata untuk menguragkan keanjangan seluar semata. Ia kini telah dianggap sebagai salah satu teknik penggayaan yang boleh menyerlahkan penampilan lebih menarik.
Teknik lipat kaki seluar yang betul boleh menyerlahkan bukan sahaja gaya namun menjadikan outfit yang dipakai lebih menonjol. Namun sebelum anda melakukan lipatan kaki seluar beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Pertama jenis material kain seluar. Sebagai contoh denim yang berkualiti tinggi mempunyai berat yang agak tinggi. Jadi lipatan kaki seluar perlulah dilakukan dengan baik agar ia tidak nampak janggal atau nampak terlalu kembang.
Terdapat beberapa jenis teknik lipatan kaki seluar. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik dan tip yang anda boleh ikut.
PINROLL
Lipatan ini sesuai digayakan dengan kasut yang lebih runcing dan slim. Sebagai contoh sneakers Nike Roshe Run atau Flyknit Racer. Walau bagaimana pun elakkan lipatan ini dengan kasut yang lebih bulky atau besar. Atau yang mempunyai tapal yang tebal.
Cara melakukannya ialah tarik kaki seluar kira-kira seinci ke dalam. Kemudian lakukan lipatan ke atas sebanyak dua atau tiga kali. Ia akan membuatkan kaki seluar menjadi lebih fit dan mencengkam bahagian atas buku lali. Jenis cutting seluar yang sesuai ialah slim dan regular cut.
LIPATAN BIASA
Ini merupakan jenis lipatan kaki seluar yang paling versatil. Boleh dikatakan ia sesuai digayakan dengan apa jua jenis kasut. Lipatan biasa juga boleh dilakukan ke atas semua jenis seluar tanpa mengira jenis kain.
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali lipatan untuk gaya yang lebih kemas. Cutting seluar yang sesuai adalah regular, straight, slim dan skinny.

SKINNY ROLL
Paling sesuai dilakukan ke atas seluar skinny atau slim. Lakukan lipatan kecil dengan menggunakan kaki seluar. Namun ia tidak boleh dilakukan ke atas seluar jean atau denim tebal. Gaya lipatan skinny roll juga tidak sesuai dengan penggayaan kasut but atau sneakers yang lebar.
IRON WORKER
Sesuai dengan namanya, jenis lipatan ini popular suatu ketika dahulu di kalangan pekerja lombong. Lipatan yang lebih besar ini biasanya sesuai untuk dilakuka ke atas seluar jeas sahaja. Paling sesuai jika jean menggunakan kain denim yang tebal dan berat.
Semoga teknik lipatan kaki seluar ini boleh membantu anda mendapatkan gaya penampilan lebih menarik!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI