Pernahkah anda berdepan dengan keadaan bila berjogging atau berlari rasa mudah penat dan kaki juga cepat lenguh dan sakit.
Kalau ikutkan hati mahu berlari lebih jauh lagi tapi apakan daya keringat badan tidak mengizinkan. Terus rasa macam nak putus asa saja, bukan?
Namun, adakah teknik dan persediaan sebelum melakukan larian selama ini betul?
Seorang pengguna Twitter yang juga peminat aktiviti larian, @WehPaih telah berkongsi pengalaman dan sedikit tip bagaimana untuk membuat larian dengan betul dengan cara slow & steady.
Ikuti perkongsian beliau di bawah. Ready, set… go!
1. Sebelum nak jogging pastikan korang mulakan dengan memanaskan badan. Bukan apa, kalau tiba-tiba korang terjah berlari terus ia boleh buatkan kaki kekejangan otot.
2. Aktiviti larian tak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Korang hanya perlu ada sepasang kasut larian yang sesuai. Pastikan tidak terlalu ketat dan longgar bagi elakkan kaki melecet. Boleh dapatkan saiz sebenar atau true to size di kedai-kedai sukan.
3. Buatlah aktiviti apapun harus dimulakan dari bawah. Begitu juga dengan larian, mulakanlah dengan langkah kecil. Ini bagi mengurangkan risiko kaki korang berasa sakit. Apa yang penting? Ya, slow & steady!
4. Untuk enjoy aktiviti larian yang baik korang perlu menjaga cara pernafasan dengan baik. Elakkan kepala tunduk ke bawah tetapi jangan pula terlalu mendongak.
5. Bagaimana nak dapatkan kelajuan atau pace yang baik dan sesuai? Jika kamu berasa boleh bernafas dengan baik dan tidak tecungap-cungap semasa berlari, you’re doing the right thing! Jika berasa tidak cukup nafas, perlahankan pace dan kembalikan pernafasan dengan betul. Sekali lagi, apa yang penting? Slow & steady!
6. Ya, kadangkala rasa teruja bila berlari itu buatkan kita tak sedar kita jadi semakin gelojoh dengan kelajuan. Untuk permulaan jangan gelojoh. Fokus kepada sejauh mana kamu mampu berlari kerana pembakaran kalori bergantung kepada jarak dan denyutan jantung.
7. Diharap perkongsian dari saudara @WehPaih dapat membantu korang mendapatkan larian yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.
Ingat… SLOW & STEADY!
ARTIKEL BERKAITAN : Kereta Dimasuki Air Dan Tenggelam Akibat Banjir, Ini Perlu Dilakukan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI