Minyak enjin merupakan elemen utama yang menentukan prestasi dan ketahanan enjin kereta. Ia berperanan sebagai pelincir bagi komponen enjin, melindungi daripada geseran dan haba berlebihan, sambil menyingkirkan kotoran dan mendapan yang terhasil semasa operasi enjin.
Pemilihan minyak hitam yang berkualiti dan sesuai adalah kunci untuk memastikan jangka hayat enjin kenderaan yang panjang serta prestasi yang optimal.
Namun, pernahkah anda bertanya-tanya mengapa tidak digalakkan untuk menukar gred, jenama, atau mencampuradukkan minyak hitam? Berbeza dengan minyak petrol, kecuali diesel. Selain itu, minyak ini juga mempunyai gred yang menunjukkan tahap kelikatannya, yang dinyatakan pada setiap botol atau tong minyak dengan angka dan huruf seperti 10W-40, 5W-40, 5W-30.
Ini bermakna pemilihan minyak harus disesuaikan dengan keperluan penggunaan.
Dr Aid Fawzal yang mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk menjawab isu menarik ini. Katanya dalam satu hantaran di platform X, penggunaan minyak petrol boleh dicampurkan sama ada jenis RON 97 atau RON 95 atau jenis jenama.
Bagaimanapun, bagi minyak enjin adalah tidak baik untuk keadaan enjin sekiranya dicampurkan.
“Sebaik-baiknya, elakkan daripada campur jenis-jenis kelikatan (viscosity) berbeza. Juga elakkan campur-campur jenama atau gred walaupun kelikatannya sama.
“Petrol atau Diesel walaupun lain-lain gred dan jenama, bila dicampurkan akan bersatu, sebati dan ‘homogeneous’.
“Tapi minyak hitam (engine oil) tidak sebati dengan baik disebabkan dengan mencampurkan minyak hitam.
“Ini akan menjejaskan prestasi sifat pelinciran dan berpotensi mengurangkan keberkesanannya dalam melindungi komponen enjin,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Sehubungan itu, beliau tidak menggalakkan minyak hitam ini ditukar atau dicampurkan dengan jenis lain.
“Dalam keadaan terpaksa seperti tahap minyak hitam terlalu rendah dan perlu top-up, silakan. Cuma ada risiko menyebabkan tindak balas kimia,” jelasnya lagi mengenai kesan penggunaan minyak itu yang dicampurkan.
Maksud Huruf Pada Botol Minyak Hitam
Sebelum ini, Dr Aid Fawzal juga menjelaskan berkenaan denganpada nombor dan abjad minyak hitam.
Menurutnya, label pada nombor dan abjad hadapan merujuk kepada ketahanan sejuk minyak hitam itu. (W=Winter).Sekiranya nombor itu semakin rendah, maka minyak hitam tersebut mempunyai ketahanan yang tinggi pada suhu yang rendah.
Manakala nombor pada belakang bermaksud ketahanan minyak hitam pada cuaca panas. Jika nombor pada label botol semakin tinggi, bermakna semakin tinggi ketahanan minyak hitam itu dalam cuaca panas.
Tambahan lagi, sekiranya nombor di belakang tinggi, kelikatan minyak hitam juga akan menjadi semakin tinggi (lagi pekat). Manakala, jika nombor pada label belakang rendah, minyak hitam lagi cair.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.