Ketika anda mengambil cuka epal sebagai altenatif untuk kurus, sedarkah anda mungkin ada beberapa kesilapan yang telah anda lakukan.
Adakah pengambilan cuka epal selamat dimakan dalam jangka masa panjang? Atau adakah benar cuka epal mampu mengakis perut dan mengakibatkan kanser?
Baca perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman tentang perkara ini. Jika anda mengamalkan cuka epal dengan betul, pasti anda akan mendapat kesan positif pada tubuh.
Mungkin ramai yang berani bersumpah dia jadi kurus sebab ambil cuka epal, cuka kurma atau cuka tin tanpa sebarang kesan sampingan. Korang percaya tak?
Betul ke berkesan? Saya nak ulas sedikit dari sudut saintifik. Kajian sebenarnya bercampur ada yang dapat keputusan positif dan ada yang tak dapat kurus seperti diharapkan. Betul ke tiada kajian klinikal kesan positif cuka epal ini? Tak sampai 5 minit pencarian saya terjumpa kajian bukti yang bagus (RCT) mengenai penggunaan cuka ini.
Kajian RCT ke atas subjek orang Jepun yang obes mendapati berat badan, BMI, lemak dalaman (viseral), ukur lilit pinggang serta paras lemak jahat trigliseride berkurangan secara ketara.
Baru-baru ini, kecoh mengenai perkongsian pengalaman seorang pengguna cuka epal jenama Bragg. Saya rasa baik jika saya ulas beberapa kemungkinan kesilapan penulis bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai panduan dan boleh dijadikan iktibar.
Elak buat 3 kesilapan ini masa minum cuka epal
1. Kuantiti Cuka Epal
Pada waktu bulan puasa, badan kita lazimnya tinggi stres. Stres lebih tinggi bagi mereka yang ada alahan seperti pesakit gastritis, GERD, ekzema dan asma.
Cuka merupakan makanan peram tinggi histamin. Jadi adalah kurang sesuai mula ambil cuka dengan kuantiti sudu. Mulakan dengan perlahan. 2-3 titik dan naikkan kuantitinya sehingga toleran. Bukan semu orang boleh mula terus satu sudu.
Ads
2. Timing Pengambilan Cuka Epal
Kalau perut kita tahap nenek moyang tiada masalah. Namun hakikatnya ramai kita mempunyai perut jenis manja.
Usah berani mengikut saranan ambil cuka epal dengan perut kosong bancuh air ataupun madu (ambil madu lagilah tinggi stres, orang kata tajam). Bukan tak boleh untuk semua orang tetapi untuk kebanyakan orang, adalah lebih sesuai ambil selepas makan.
Waktu pagi pula adalah lebih sesuai pengambilan cuka ini. Penyakit keradangan seperti radang gastrik lebih biasa menyerang pada waktu malam. Follower saya tentu arif sudah bukan. Ini kerana hormon antiradang kortisol menurun pada waktu malam.
3. Repack Dalam Botol Plastik
Botol plastik apa gred sekalipun akan luluh apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang luluh ini bukan sahaja mungkin menggangu hormon, malah meningkatkan histamin dan seterusnya asid perut.
Kenapa sakit macam nak bersalin? Ilmu ini khas kepada follower protokol histamin saya, berlebihan histamin menurut kajian saintifik memang boleh menyebabkan sakit senggugut dan secara teorinya, bengkak peranakan juga.
Kesimpulannya, cuka semulajadi ni makan sihat dan terbukti berupaya membantu kesihatan kita antaranya mengurangkan berat badan. Gunakanlah dengan kaedah yang betul terutamanya bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan. Konsult dulu doktor dan jangan cuba-cuba tanpa ilmu. Selalunya makanan semulajadi ni bila datangkan reaksi, adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan kita.
SHARE sebab ramai yang keliru dengan perkongsian viral tu.
Semoga perkongsian merungkai misteri dan menjawab tohmahan dan sangkaan buruk terhadap cuka epal, cuka kurma dan yang seumpamanya. Cuka ni boleh baiki perut, boleh rosakkan perut juga.
Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula. Sebenarnya kekurangkan tidur bukanlah faktor utama buatkan kamu keletihan sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.
1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon
Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama. Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid
Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
3. Anda Tidak Berhidrasi
Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan. Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
4. Mandi Pada Waktu Malam
Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan? Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
5. Bersenam Selepas Waktu Kerja
Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya. Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baik dan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.
Sumber : Lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Core merupakan bahagian pada perut, paha dan juga bahu. Bila anda ajin buat plank otot-otot pada bahagian tu akan bertambah kuat dan akan mengurangkan risiko dari sebarang penyakit untuk bahagian tersebut.
Mengurangkan Risiko Sakit Belakang
Menurut American Council, buat plank setiap hari dapat mengurangkan risiko untuk dapat sakit belakang dan juga menguatkan otot dan memastikan sistem sokongan bahagian belakang korang bertambah baik.
Meningkatkan Metabolism
Sangatlah sesuai untuk mereka yang kerja asyik mengadap komputer dan tak banyak bergerak. So kalau anda ingin kadar metabolism tinggi, seeloknya buatlah plank ini setiap hari dekat rumah. Sebab buat plank ni akan membuatkan kadar metabolism korang melonjak-lonjak walaupun sedang tidur.
Membentuk Tubuh
Disebabkan ketahanan badan meningkat, bentuk badan juga akan lebih tone dan menarik, terutamanya pada bahagian lengan dan perut anda.
Mental Lebih Mantap
Jika anda rasa seminit tu sebenarnya sekejap, kami sarankan korang buat plank ni selama 2 seminit. Plank ni akan membantu mental korang bertambah baik dan melatih minda anda untuk menjadi penyabar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kelopak mata mengandungi kelenjar kecil yang menghasilkan minyak bagi membantu melembapkan permukaan mata. Jangkitan oleh bakteria staphylococcus boleh berlaku pada kelenjar ini sehingga menyebabkan ketumbit atau stye (hordeolum dalaman). Jangkitan juga boleh melibatkan folikel rambut pada bulu mata (hordeolum luaran).
Seperti mana-mana jangkitan, kelopak mata akan menjadi bengkak (sama ada tertumpu atau melibatkan seluruh kelopak mata), merah, gatal dan sakit. Ia mugkin kelihatan seperti jerawat pada kelopak mata. Kebiasaannya, ketumbit akan pecah dan sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari.
Ketumbit tidak menggangu penglihatan
Ketajaman penglihatan (visual acuity) anda sepatutnya tidak akan terganggu sama ada melihat dari jarak jauh atau dekat. Perkara yang mungkin mengganggu ialah padangan yang dihalang oleh kelopak mata bengkak. Jika penglihatan menjadi kabur, ia mungkin disebabkan oleh faktor lain dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Chalazion kelihatan seperti stye
Satu lagi benjolan pada kelopak mata yang kelihatan seperti ketumbit ialah chalazion. Ia disebabkan oleh kelenjar minyak pada kelopak mata yang tersumbat. Memandangkan bukan jangkitan, ia tidak menyakitkan. Ketumbit yang melibatkan kelenjar minyak (hordeolum dalaman) juga boleh berubah menjadi chalazion.
Chalazion terletak lebih jauh daripada pinggir kelopak mata berbanding ketumbit. Kadangkala membezakan antara keduanya mungkin agak susah.
Cara merawat ketumbit di rumah
Anda boleh tuam bahagian terbabit menggunakan air panas. Tuaman boleh dilakukan menggunakan kain atau sudu yang direndam air panas atau secara langsung menggunakan botol yang mengandungi air panas. Lakukan selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.
Jaga kebersihan tangan dengan kerap membasuh menggunakan sabun. Anda juga boleh membersihkan bulu mata menggunakan syampu bayi. Elakkan daripada memicit ketumbit tersebut bagi mengelakkan jangkitan tersebar. Biarkan ia pecah dengan sendiri.
Jika keadaan tidak bertambah baik selepas beberapa hari atau seminggu, sila dapatkan bantuan doktor. Antibiotik dalam bentuk salap atau eyedrop mungkin akan dipreskrip. Dalam sesetengah kes, suntikan steroid atau pembedahan kecil akan dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan.