Cari pendapatan lebihan dan pendapatan pasif
Setelah dapat berjimat cermat, kita boleh cuba untuk menambahkan pendapatan. Sewaktu zaman gawat, manusia masih perlukan ubat ubatan, makanan dan tempat tinggal. Gunakan faktor ini untuk menambah pendapatan. Jika anda pandai memasak atau membuat kek misalnya, jadikan ia sebagai sumber pendapatan anda.
Golongan yang terjejas dengan krisis ekonomi ialah golongan yang masih belum stabil kewangan. Golongan yang mempunyai kewangan yang stabil adalah golongan yang berusia mungkin lebih 50 tahun menghampiri pencen. Jadi anda boleh menjadikan mereka sebagai pelanggan dan kaji apa yang diperlukan oleh golongan seperti ini.
Jika anda mempunyai pendapatan pasif, anda pasti bersyukur pada zaman gawat kerana pendapatan pasif sedikit sebanyak membantu anda. Jika anda belum ada, anda perlu berusaha dari sekarang.
1-Tunai tunai tunai
Ketika zaman gawat, tunai adalah sangat penting. Orang yang mempunyai tunai ketika zaman krisis adalah orang yang paling berkuasa. Orang yang paling banyak hutang ketika krisis adalah orang yang paling malang.
Jadi, simpan tunai sebanyak mungkin kerana ia boleh digunakan ketika zaman krisis. Krisis adalah peluang, tapi peluang kepada orang yang mempunyai banyak tunai.
2-Lakukan ‘fund-switching’ unit amanah anda
Sekiranya anda mempunyai pelaburan unit amanah yang melaburkan dalam ekuiti (saham), unit amanah anda biasanya berisiko tinggi. Ketika zaman gawat, prestasi ekuiti biasanya terjejas teruk. Apa yang anda boleh buat ialah menukar unit amanah anda kepada unit amanah yang melabur dalam bon, indeks dan pasaran wang.
Anda juga boleh pindahkan ke unit amanah yang dijamin kerajaan seperti ASB dan sebagainya.Apa yang anda lakukan adalah pengurusan risiko, iaitu menukar daripada pelaburan berisiko tinggi kepada risiko rendah.
3-Semak rekod insurans/takaful
Seperti dinyatakan dalam tips pertama, periksa keperluan takaful kita. Pastikan kita mempunyai takaful perubatan dan takaful yang menggantikan pendapatan ketika kita dilanda musibah itu mencukupi. Pastikan kita hanya membayar yang perlu dan tidak membayar lebih untuk takaful.
4-Semak portfolio pelaburan
Sekiranya anda meletakkan wang anda ke dalam banyak jenis pelaburan, anda perlu mengurangkan pendedahan pelaburan anda dalam ekuiti. Jika anda melabur dalam saham, pastikan anda tidak melabur dalam syarikat yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh.
Saham syarikat yang berharga rendah biasanya bersifat spekulatif dan mempunyai turun naik yang sangat tidak menentu. Jadi kurangkan pelaburan anda dalam saham saham sebegini. Ada baiknya juga anda keluar dahulu daripada pasaran dan memegang tunai sebagai langkah berjaga jaga. Perhatikan pasaran dan jika ada tanda tanda pulih, anda boleh melabur semula.
5-Penuhkan tabung kecemasan
Pastikan tabung kecemasan anda dipenuhi sebelum berlakunya gawat. Tabung kecemasan anda hendaklah mempunyai sekurangnya 6 bulan perbelanjaan anda. Jika anda bergaji RM 3000, minimum tabung kecemasan anda hendaklah berjumlah RM 18,000. Duit ini perlu untuk menampung hidup anda jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan kerja atau kehilangan tempat bergantung.
6-Jual ketika orang tamak, dan beli ketika orang takut
Mantra di atas sangat berguna jika kita mempunyai persediaan tunai yang mencukupi. Ketika zaman gawat, akan ada ramai orang terdesak. Jika dalam bidang hartanah, ramai yang tidak mampu membayar hutang kepada bank. Jadi, hartanah mereka dilelong. Lambakan hartanah lelong menyebabkan harga hartanah menjadi murah. Jadi, inilah masa berbelanja bagi mereka yang mempunyai tunai. Beli harga hartanah ketika ia murah.
Keadaan sama dengan pasaran saham. Ketika krisis ekonomi, saham syarikat yang kukuh pun akan turut jatuh. Jadi anda boleh membeli ketika saham tersebut ketika diskaun. Sekiranya pasaran kembali pulih, anda akan mendapat untung yang besar.
7-Jangan tambah hutang
Jika anda bercadang membeli rumah, menukar kereta, membuat pinjaman peribadi, tangguhkan hasrat anda. Sebaiknya anda mengurangkan hutang, bukan menambah hutang. Persediaan krisis ekonomi, bank akan meningkatkan kadar faedah dan komitmen hutang anda akan bertambah setiap bulan.
Jadi periksa daftar hutang anda dan senaraikan mana satu hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi. Hutang yang diikat dengan kadar asas pinjaman (BLR/BFR) akan meningkat ketika zaman krisis. Uruskan hutang hutang anda dan lenyapkan hutang hutang berasaskan liabiliti dan hanya kekalkan hutang berasaskan aset sahaja.
8-Jangan berhenti kerja
Kala zaman krisis ekonomi, syarikat akan melakukan strategi downsizing dengan membuang pekerja. Beberapa skim biasanya ditawarkan seperti MSS (Mandatory Separation Scheme), VSS (Voluntary Separation Scheme) dan sebagainya. Sekiranya ditawarkan pemberhentian secara sukarela, dicadangkan anda jangan mengambilnya sekira tidak ada apa apa perkara yang lebih utama. Kerana dalam zaman gawat, amat sukar untuk mencari pekerjaan.
Pada zaman gawat juga tidak dinasihatkan untuk anda berhenti kerja untuk memulakan bisnes sendiri. Ini kerana bisnes anda pasti belum stabil dan akan terkesan dengan kemelut ekonomi.
Akhir kata, pengurusan kewangan ketika gawat sangat perlu dilakukan lebih awal sebelum ia terjadi. Pastikan pengurusan kewangan anda kalis gawat dan anda boleh hidup tenang biarpun krisis ekonomi melanda. Segalanya mungkin dengan perancangan kewangan yang tersusun dan strategi yang betul serta berdisiplin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI