Sebut sahaja larian salah satu kecederaan yang sangat sinonim dengan aktiviti ini. Ada sebab mengapa kondisi sakit lutut ini juga diberi gelaran ‘Runner’s Knee’.
Bagi pelari aktif kecederaan lutut yang serius merupakan satu mimpi ngeri buat mereka. Apabila kecederaan lutut berlaku, larian pastinya tidak dapat dilakukan. Lebih parah jika ia menjadi semakin teruk dan memerlukan rawatan atau pembedahan.
Aktiviti larian merupakan salah satu bentuk senaman yang memberikan tekanan atau impak kepada lutut. Jadi tidak hairanlah ada pakar berpendapat bahawa larian merupakan aktiviti yang dianggap ‘high-injury sport’.
Namun adakah benar jika kita melabel secara melulu mengatakan aktiviti larian bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan seperti itu?
Sebenarnya terdapat beberapa tip, teknik atau cara larian yang boleh anda lakukan yang boleh mengurangkan tekanan terhadap lutut. Ingin tahu bagaimana anda boleh melakukan larian dengan lebih ‘mesra lutut’?
Ads
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
JAUHI HEEL STRIKING
Semasa melakukan larian anda juga perlu manjaga cara setiap langkahan larian atau stride. Jangan sesekali melangkah terlalu jauh daripada badan anda. Setiap kali mendaratkan kaki pastikan poin itu tidak melepasi kedudukan lutut. Dan amalkan tabiat untuk lutut berpusing secara ‘rearward’ bukannya jauh ke hadapan.
Apabila kaki mendarat di hadapan lutut ini akan meletakkan kondisi anda seperti mahu berhenti. Lalu memberikan impak kepada lutut.
Ads
JANGAN ANGKAT LUTUT TERLALU TINGGI
Ya, benar. Melakukan larian dengan stride yang besar dan mengangkat lutut yang tinggi hanta untuk pelari pecut. Sebagai pelari kasual anda perlu pastikan lutut sentiasa rendah dan setiap langkah pastikan lutut ‘float’ di belakang anda. Fikirkan ritma ‘knees down, knees up’.
BADAN KE HADAPAN
Ingat setiap kali kaki mendarat di hadapan badan, anda meletakkan sedikit ‘brek’ dan kejutan yang terus ke lutut. Jadi pastikan kaki sentiasa mendarat dalam keadaan midfoot stride.
LEMBUTKAN POSISI LUTUT
Ramai pelari suka melakukan tabiat over stride dan meluruskan lutut dan kaki ketika mendarat. Ini hanya memberikan impak yang sangat besar kepada lutut. Jadi elakkan melakukan perkara tersebut dan jangan luruskan lutut ketika melakukan setiap langkahan.
Ads
KEDUDUKAN KAKI
Ketika melakukan larian pastikan kaki anda berada lurus ke arah larian. Dalam erti kata lain pastikan kaki betul-betul mendarat dengan lurus. Ini bagi mengelakkan lutut daripada terpusing ketika mendarat yang secara tak langsung boleh mendatangkan kecederaa.
Setiap kali melakukan larian pastikan poin mendarat berada di hadapan anda. Kedudukan kaki memainkan perana penting bagi memberikan pengalaman larian yang lebih selesa dan juga efisien.
Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan anda larian yang lebih berkualiti dan mantap! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=SmivSEjfzi0
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU . Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan di kedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .
Selain untuk dimakan , tahukah anda bahawa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain, dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.
PENCEGAH KANSER
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya, salah satunya kanser.
AWET MUDA
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.
TURUNKAN KOLESTEROL
Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu, mampu menurunkan kolesterol.
CEGAH CIRIT BIRIT
Budu mengandungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu manfaat budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan juga hypertensi.
TINGKATKAN IQ
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak.
Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah, selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang popular digunakan sebagai senaman alternatif. Senaman jumping jack antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman jumping jack ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. berikut disertakan 8 kelebihan senaman jumping jack.
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
3. Menguatkan tulang
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan kosisten.
5. Melatih otot
Jumping Jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen ,deltoids dan calves.
6. Meningkatkan metabolisme
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak lansung.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pahang Berjaya menumpaskan Selangor dengan 0-2 malam tadi di Stadium National Bukit Jalil. Walaupun dihimpit dengan jualan tiket yang lembab atas faktor Piala Dunia, kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan ini tidak mengecewakan.
Tok Gajah menebus kekecewaan kalah kepada Kedah menerusi jaringan Nor Azam Azih dan Patrick Cruz pada setiap babak. Nor Azam yang menjana gerakan dari bahagian tengah merobek pintu gol lawan menerusi rembatan ke penjuru kiri atas gawang untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid pada minit ke-23 sebelum Tok Gajah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti Cruz pada minit ke-57.
Foto: Berita Harian
Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh bermula garang sebaik wisel ditiupkan dengan Mohamadou Sumareh lincah bergerak di sebelah sayap kanan.
Pahang memperoleh dua kesempatan dalam tempoh terdekat untuk menokok jaringan melalui sepakan percuma Nor Shahrul Idlan Talaha yang tepat ke dakapan penjaga gol manakala Safuwan Baharuddin melonjak tinggi, namun tandukannya Berjaya ditepis oleh Khairul Azhan.
Pahang meneruskan corak permainan yang sama sebaik permainan bersambung dan kekasaran Alfonso de La Cruz ke atas Amutu membawa padah apabila dia bukan saja diberikan kad kuning, malah menghadiahkan penalti kepada pihak lawan. Khairul Azhar hanya Berjaya mencuit bola namun sepakan Cruz masih menuju ke gawang gol.
rata-rata melihat perlawanan malam tadi seperti berat sebelah apabila Kem Selangor merungut beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka yang menyaksikan Ilham Udin Armaiyn terjatuh di dalam penalti selepas ditolak Matthew Davies pada minit ke-75, sebaliknya Pahang diberikan sepakan percuma atas kekasaran Razman Roslan ke atas Amutu.
Selangor terus bergelut namun masih tewas di tangan Tok Gajah. Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Pahang!
Sumber: Staduim Astro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.