Bila tibanya waktu cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan atau bersunatkan anak.
Ramai yang memilih waktu ini kerana selalunya penyembuhan luka berkhatan memerlukan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari. Namun untuk melakukan penjagaan selepas berkhatan bukan mudah terutama bagi pertama kali buat ibu ayah. Risau dibuatnya, jika salah penjagaan luka lambat sembuh!
Apa yang penting, ibu bapa perlu tahu agar anak mereka tidak mengalami bentan atau bernanah supaya luka cepat sembuh.
Menerusi perkongsian Public Health berkongsi infografik bersiri penjagaan berkhatan dan penerangan daripada Dr. Adelin Zin.
Sembuh Luka Sunat Tak Sama
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Wajib Keringkan Luka
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Tak Perlu Berpantang Sangat!
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen
Artikel ini diambil dan diolah dari KELUARGA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI