Jika anda belum lagi mempunyai rancangan simpanan bulanan, artikel ini disediakan khas untuk anda. Ini kerana ramai orang pada hari ini, gagal untuk merancang aliran kewangan hingga membebankan diri.

Membebankan diri bermaksud ada yang sampai berhutang dengan rakan malah lebih teruk berhutang dengan syarikat pinjaman wang yang tidak berdaftar. Sebaiknya kita elak isu sebegini berlaku dengan melakukan rancangan kewanangan bulanan.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna twitter iaitu ybsoleh. Dia membuat perkongsian melalui twitter thread yang mendapat perhatian luas hingga mencapai 3K ulang kicau dan 2898 tanda suka.

BACA: Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain

Antara perkongsiannya adalah:

Elakkan habit belanja dulu baru simpan, kalau tidak sampai ke sudah anda tidak akan menyimpan!

‘Elak Belanja Dulu Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan!

IKLAN

Pastikan tolak 30% daripada gaji untuk Simpanan, Pelaburan, Perubatan atau Insuran Hayat. 20% untuk Simpanan serta Pelaburan manakala baki 10% untuk perlindungan seperti insurans serta kecemasan perubatan.

‘Elak Belanja Dulu Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan!

Lagi 60% tolak untuk perbelanjaan TERPAKSA. Terpaksa di sini bermaksud bayaran yang perlu dibuat walaupun kita tidak mempunyai gaji. Ia termasuklah, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman rumah, pinjaman kereta dan lain-lain jenis pinjaman yang pernah kita buat.

‘Elak Belanja Dulu Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan!

IKLAN

Selain itu, asingkan juga duit untuk bayaran terpaksa yang lain iaitu, servis kereta bila cukup mileage dan lain-lain seperti kena tukar tayar selepas 2 tahun kereta digunakan. Jadi simpan siap-siap.

Simpanan Terpaksa termasuk juga yang wajib anda bayar seperti cukai jalan, minyak kereta, kadar tol dan sebagainya

‘Elak Belanja Dulu Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan!

BACA: Tip Anak Muda Simpan Duit Ribuan Ringgit Cara Sempoi, Orang Gaji Ciput Pun Boleh Guna!

IKLAN

Akhir sekali, baki 10% adalah perbelanjaan yang dianggap Bocor & Sampah. Bocor (5%) itu bermaksud, segala jenis makanan yang bukan rutin atau keperluan seperti restoran makanan segera dan sebagainya.

‘Elak Belanja Dulu Baru Simpan’, Lelaki Ini Kongsi Tip Urus Gaji Agar Tak Sempit Tengah Bulan!

Baki 5% lain adalah Sampah. Ia bermaksud perbelanjaan yang bukan keperluan seperti tinted kereta, kasut berjenama, baju baru walaupun banyak lagi baju yang masih elok dan sebagainya.

Kesimpulannya, anda kena faham bagaimana untuk mengasingkan segala jenis perbelanjaan dari yang wajib hinggalah kepada perbelanjaan menurut ‘Kemahuan’. Anda kena dahulukan yang ‘Keperluan’ daripada kemahuan.

Barulah anda tidak akan menderita di tengah bulan hingga tidak mempunyai baki simpanan dan menjerat diri membuat pinjaman yang tidak sepatutnya anda lakukan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI