Apabila sebelah otot kaki atau tangan lebih kuat dan besar berbanding dengan otot di sebelah lagi, anda sebenarnya sedang mengalami otot tidak seimbang ( imbalance muscle) . Sekiranya anda lebih gemar melakukan senaman seperti chest press dan push up tanpa melakukan senaman rowing, deadlift serta arm dumbell row, peluang untuk mendapat otot tidak seimbang adalah tinggi. Ini kerana otot di bahagian dada anda akan lebih kuat dan besar berbanding otot belakang tubuh badan. Begitu juga dengan kekuatan kaki dan badan perlulah seimbang.
Keseimbangan otot , kekuatan, fleksibeliti pada postur tubuh badan amat penting bagi mengelakkan kecederaan sendi. Mereka yang gemar melakukan senaman dua hala pergerakan ( 2 sided moves ) seperti menggunakan barbell akan mendapat peluang otot tidak seimbang. Untuk pengetahuan anda, dominan otot akan menggunakan lebih kekuatan berbanding bukan dominan secara tidak langsung otot yang dibina tidak seimbang.
Bagi mengelakkan otot tidak seimbang, anda perlu mempelbagaikan senaman untuk semua kumpulan otot dan melakukan regangan selepas bersenam. Berikut antara contoh senaman untuk menyeimbangkan otot kiri dan kanan anggota tubuh badan anda. Biasakan melakukan senaman unilateral dengan menggunakan dumbbell berbanding barbell atau melakukan senaman satu bahagian ( side by side ).
Single leg deadlift
-Kebiasaannya ramai yang melakukan deadlift menggunakan barbell. Besar kemungkinan mereka menggunakan otot dominan lebih banyak. Kali ini, biasakan melakukan deadlift dengan satu kaki dan satu dumbbell.
-Letakkan semua beban pada tumit kaki, pastian dumbbell sentiasa rapat pada kaki anda. Apabila anda sudah seimbang, mulakan pergerakan seperti biasa.
-Anda yang tidak seimbang akan nampak jelas apabila melakukan senaman ini.
Single hand dumbbell chest press.
-Apabila anda biasa melakukan chest press dengan menggunakan kedua-dua dumbbell, otot dan kekuatan tidak seimbang pada dada anda akan jelas kelihatan. Cuba lakukan senaman ini, ia bukan sahaja membina otot dada malah kekuatan pada bahagian abdominal.
-Baring di lantai, buka tangan dengan lebar supaya anda lebih seimbang dan mulakan pergerakan.
Pistol squat / single leg squat
-Ia amat mencabar bagi mereka yang jarang melakukan senaman kaki. Cuba lakukan dengan duduk di kerusi dan berdiri dengan sebelah kaki sahaja.
-Apabila anda sudah biasa melakukannya, cuba buat tanpa menggunakan kerusi. Letak tangan anda di hadapan supaya lebih seimbang.
Single leg step up with dumbbell
-Senaman ini bukan sahaja membina otot pada quadricep serta hamstring, fokus utama juga adalah untuk membina keseimbangan serta kekuatan otot pada kedua-dua bahagian otot kaki di samping kekuatan pada abdominal.
-Anda yang kurang keseimbangan, mulakan senaman tanpa menggunakan dumbbell kemudian beralih menggunakan dumbbbell.