Semakin meningkat usia anda, semakin cerah peluang anda untuk hilang ingatan atau lebih senang dengan panggilan nyanyuk! Nama saintifik yang digelar Alzheimer ini merupakan penyakit yang sering terjadi terhadap mereka yang berusia 40-60 tahun ke atas, atau mereka yang masih dalam usia 20an. Fakta menunjukkkan bahawa warga emas di Malaysia senang untuk diserang penyakit nyanyuk ini setelah usia meningkat tua. Terlupa dimana letaknya barang dalam jangka masa yang pendek antara perkara sinonim masyarakat Malaysia hari ini. Penyakit ini tidak datang dalam kalangan Melayu sahaja, namun bangsa lain juga akan turut menghadapi masalah ini jika senaman otak tidak dilakukan.
Otak selalunya hanya akan menyimpan 4 kegiatan terbaik yang sering anda buat, iaitu makan, berjalan, bercakap dan tidur. Perkara-perkara ini tidak mampu untuk mencabar minda anda, dan beberapa sel otak anda akan mula tidak aktif dan ini akan menjadikan otak anda lembab dan tidak cergas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mencergaskan kembali otak anda dan menjadikan anda sentiasa sihat dan kekal aktif.
Lebihkan berjalan dan bermain
Sentiasa aktif dalam kegiatan harian membantu membersihkan otak anda daripada serpihan protein yang dipanggil amiloid, yang dipercayai mengumpul dan menjadikan seseorang diserang Alzheimer. Tidak ada ubat yang boleh menurunkan amiloid, satu-satunya perkara yang kita tahu yang boleh melakukannya adalah senaman. Jika anda masih bekerja, senaman ringan dan keupayaan anda mengeluarkan idea baru akan membantu kecergasan minda anda. Kajian besar kajian mendapati bahawa orang aktif mempunyai risiko penurunan kognitif sebanyak 35 peratus daripada yang tidak aktif.
Jadi tunggu apa lagi? Jika anda sudah bersara, atau bekerja sendiri anda boleh menari di sekeliling dapur, bermain degan haiwan perliharaan, berdiri sambil scroll lama sosial media. Jika anda boleh bersenam tanpa sakit lutut dan masalah jantung yang melampau, ambil 20-30 minit untuk berjoging, Tabata dan senaman ringkas seperti squat, lunges, dan banyak lagi. Pergerakan ini dapat menguatkan minda anda disamping menguatkan jantung anda juga. Jika anda lakukan ini setiap hari anda dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Cabar fikiran anda
Salah satu cara yang paling kukuh untuk mengurangkan risiko Demensia ialah untuk mencabar otak anda sehingga menjadi lebih fleksibel. Tidak semestinya anda perlu menyelesaikan teka-teki silang. Anda boleh mencabar dengan melakukan aktiviti baru yang tak pernah anda buat sebelum ini agar minda anda dapat bekerja dan berhubung antara satu sama lain. Umpamanya, anda sedang memandu di sebatang jalan raya yang tiada perhubung jalan. Andaikata, jalan tersebut rosak di penghujungnya, pasti anda akan patah bailk bukan? Begitulah minda kita. Sama seperti anda menghadapi masalah untuk mengingati nama seseorang, minda akan seperti tersekat atas sebab sel-sel saraf anda tidak mampu untuk berfungsi, jika anda kerap melakukan aktiviti mencabar minda, penghubung jalan itu tetap akan wujud dan pasti anda akan temui nama yang anda lupa itu.
Banyakkan membaca untuk menghubung sel-sel dalam minda anda. Olah kembali topik yang disampaikan melalui pembacaan anda. Mengapa dan bagaimana harus menjadi soalan utama ketika membaca. Melalui senaman ini, otak anda akan berhubung dan pengetahuan anda juga akan meluas.
Tidur yang cukup
Minda anda juga memerlukan rehat secukupnya. Tidur merupakan faktor utama dalam memastikan minda anda sentiasa kekal sihat. Pakar menasihatkan agar anda terapkan rekaan menarik dan menenangkan dalam bilik tidur anda supaya tidur anda lena. Jauhkan telefon dari anda 30 minit sebelum anda masuk tidur, agar otak anda dapat berfungsi dengan baik. Jika anda sibuk dengan pekerjaan, mengambil power nap selama 30 minit sangat membantu. Seboleh-bolehnya siapkan semua pekerjaan anda dalam waktu bekerja, agar otak anda tidak tepu dan anda boleh berehat lama di rumah.
Makan secara bijak!
Maskulin tidak akan memberi anda makanan apa yang harus anda makan, sebaliknya anda harus mencari penyelesaian dalam mencari makanan apa yang sesuai untuk kesihatan minda. Barulah minda anda bekerja dan sel-sel boleh berhubung. Apa yang penting, makaan yang kaya dengan protein dan zat serta vitamin dapat membantu kekuatan otak dan dalam masa yang sama, kekal sihat!