Bercakap tentang tidur, ia merupakan satu perkara rutin harian yang kita lakukan. Sesetengah orang tidak mengambil serius akan kepentingan tidur. Malah, ada yang acuh tidak acuh akan jumlah masa tidur yang perlu mereka lakukan.
Selain jumlah masa tidur, cara poisisi juga sangat penting. Jika tidur dalam kedudukan yang baik anda oleh elak daripada berdepan rasa sakit badan dan leher. Disebabkan itulah anda harus elak daripada menggunakan 7 cara tidur posisi ini.
1. Tidur Meniarap
Bukan sahaja untuk bayi, orang dewasa juga dilarang untuk tidur meniarap biarkan ramai yang bersetuju ianya lebih selesa. Ini kerana, ia mampu menyebabkan kerosakan pada tulang belakang, memberi tekanan pada urat leher yang terpusing serta menyekat sistem pernafasan normal.
BACA: Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!
2. Tidur Meringkuk
Rasanya memang ramai selesa tidur dalam posisi mengundang, Namun begitu, ianya memberi impak buuruk pada tubuh. Ia akan menyebabkan ketegangan pada bahagian sendi sekitar pinggul, lutut dan dagu yang amat rapat ke bahagian dada.
Lebih buruk jika kamu jenis yang kekal pada satu posisi ketika tidur (kaku, tidak bergerak langsung menukar posisi sewaktu tidur).
3. Angkat Sebelah Kaki
Mengangkat sebelah kaki atau menyilang kaki perlu dielakan ketika tidur agar tak timbul rasa tidak selesa bahkan ia juga tidak elok untuk keadaan struktur tulang belakang seseorang.
4. Kepala Lebih Tinggi
Ini akan menyebabkan hyperflexion bahkan urat leher juga boleh tertarik jika posisi tidur sebegini diamalkan setiap hari.
Kedudukan tulang belakang akan terjejas andai bantal terlalu tinggi atau rendah. Sumber: bloemphysio.co.za
Ini sangat berbahaya kerana kedudukan kepala yang lebih tinggi dari paras tubuh ketika berbaring akan menurunkan kapasiti keupayaan paru-paru, mengurangkan mengaliran oksigen dalam badan dll. Posisi ini juga meningkatkan daya serangan penyakit kardiovaskular terhadap si pelakunya.
5. Tidur Terlentang
Ini adalah posisi tidur yang baik namun ianya memberi efek kesihatan negatif buat individu yang berdengkur sewaktu tidur.
Bagi yang berdengkur, tidur menelentang akan memberi efek graviti -membuatkan bunyi dengkuran lebih kuat apabila saluran pernafasan adalah terlalu lapang.
6. Tapak Sulaiman
Posisi Tidur sebegini akan meningkatkan risiko berdengkur serta peningkatan asid dalam perut.
Pakatr tidur juga tidak menggalakkan seseorang untuk mengangkat tangan ke bahagian atas kepala semasa tidur kerana tekanan akan memuncak lalu menyebabkan kesakitan sendi dan tulang setelah terjaga dari lena nanti.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI