Gaya Hidup

Elak 6 Perkara Ini Kalau Tak Nak Mengantuk Di Siang Hari!

Share

Jika rasa mengantuk pada siang hari terutamanya pada waktu petang, mesti banyak kerja akan tergendala.

Bukan apa.. rasa mengantuk ini boleh membuatkan otak kita menjadi tepu dan mood untuk berkerja dengan baik juga hilang.

Bagi mengatasi permasalahan ini tersebut pada siang hari anda, elakkan diri anda melakukan 6 perkara ini :

1. Makan terlalu banyak karbohidrat

Makan makanan berat dan banyak yang mengandungi karbohirat sewaktu lunch boleh membuatkan mata anda jadi layu dan mengucap tidak henti-henti.

2. Dehidrasi

Kurang air dalam badan atau pun dehidrasi boleh meyebabkan anda menjadi lesu dan mengundang rasa mengantuk yang cukup teruk.

3. Duduk terlalu lama

Jika anda bekerja dalam suasana yang sejuk, sunyi dan ditambah pula duduk terlalu lama, anda mungkin jadi sedikit bosan. Rasa bosan ini boleh menyebabkan anda hilang tenaga.

4. Sukar tidur waktu malam

Akibat suka berjaga hingga lewat malam sukar untuk tidur, pastinya tenaga siang hari anda akan terjejas.

5. Tidur tidak lena

Begitu juga kalau sebelah malamnya, waktu tidur anda terganggu dengan pelbagai perkara remeh seperti bunyi bising sehingga tidur anda tidak lena.

6. Stress

Dalam masa yang sama, mengantuk boleh terhasil jika fikiran anda terlalu berkecamuk sehingga rasa stress.

 

Published by
Akyem Samad