BERSENAM merupakan cara terbaik untuk membakar kembali kalori yang diambil dalam seharian kita namun elakkan melakukan 10 kesilapan berikut bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Sesi memanaskan badan perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Lakukan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki. Sesi ini bertujuan meregangkan otot-otot badan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa sebelum menjalankan aktiviti yang lebih berat.
Lebih baik memulakan senaman dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan dahulu. Pilih gerakan yang lembut dan sesuai dengan keadaan fizikal dan tenaga bermula daripada sesi memanaskan badan sehingga ke sesi menyejukkan badan.
Contohnya, sebelum berlari di atas ‘treadmill’ ambil langkah mudah dahulu seperti berjalan dan kemudian berlari-lari anak sebagai permulaan.
Pastikan anda menyediakan minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan minum air yang sejuk dan terlalu manis kerana ia tidak baik untuk sistem badan. Bawa bersama air putih sepanjang anda melakukan aktiviti sukan untuk mengelakkan dehidrasi atau masalah kekurangan air dalam badan. Jika terasa dahaga, minum air putih secukupnya dan berehat seketika.
Badan memerlukan tenaga daripada makanan anda untuk membakar kalori tetapi dilarang makan dan kemudian terus bersenam kerana ia akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap kesihatan.
Sekurang-kurangnya dua atau tiga jam sebelum bersenam anda perlu makan dan tidak perlu terlalu berat.
Mengabaikan kepentingan makanan atau minuman sebenar dengan alasan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan makanan. Tidak atau kurang menyedari bahawa makanan tambahan boleh mengandungi bahan kimia, bahan berbahaya dan sebagainya yang boleh merosakkan sistem tubuh Perlu diingatkan bahawa tidak semua pengusaha bersikap jujur sepenuhnya berkenaan dengan bahan-bahan sebagai kandungan dalam produk mereka termasuk informasi tentang fakta nutrisi, kaedah produksi, dan sebagainya.
Apabila melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu bukan minda sahaja yang terasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Sama ada berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat berat, selepas beberapa ketika badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.
Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan tetapi jika tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan diperoleh tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan akan hilang.
Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia. Latihan kekuatan perlu disertakan pada hari melakukan kardio sekurang-kurangnya mengangkat berat dua kali seminggu.
Gunakan kasut yang tapaknya tidak rata ketika melakukan senaman tertentu seperti ‘Leg-Day’ atau ‘DeadLifts’ serta memakai ‘running-shoes’ yang tidak bersesuaian dengan permukaan seperti untuk balapan, hutan, pergunungan, berbatu-batu, dan sebagainya selain memakai pakaian tidak sesuai yang boleh meningkatkan risiko kecederaan terutama pada sendi, tendon dan tulang belakang.
Gunakan ‘gears’ yang sudah lusuh atau haus yang sepatutnya sudah diganti.
Terlalu fokus kepada kuantiti berbanding kualiti senaman. Jangan terlalu memaksa diri jika badan tak mampu kerana apa yang penting adalah konsisten.
Senaman penyejuk badan tidak dilakukan selepas selesai bersenam. Jika senaman memanaskan badan bermula daripada kepala ke kaki, senaman untuk menyejukkan badan bermula daripada bahagian kaki ke kepala. Senaman yang dilakukan lebih santai dan tidak tergesa-gesa.
Sumber : Pesona Pengantin, Kevin Zahari dan Abang Sado & Sinar Online