BERSENAM merupakan cara terbaik untuk membakar kembali kalori yang diambil dalam seharian kita namun elakkan melakukan 10 kesilapan berikut bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
1.Tidak memanaskan badan
Sesi memanaskan badan perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Lakukan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki. Sesi ini bertujuan meregangkan otot-otot badan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa sebelum menjalankan aktiviti yang lebih berat.
2. Tergesa-gesa bersenam
Lebih baik memulakan senaman dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan dahulu. Pilih gerakan yang lembut dan sesuai dengan keadaan fizikal dan tenaga bermula daripada sesi memanaskan badan sehingga ke sesi menyejukkan badan.
Contohnya, sebelum berlari di atas ‘treadmill’ ambil langkah mudah dahulu seperti berjalan dan kemudian berlari-lari anak sebagai permulaan.
Ads
3. Minum tidak konsisten
Pastikan anda menyediakan minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan minum air yang sejuk dan terlalu manis kerana ia tidak baik untuk sistem badan. Bawa bersama air putih sepanjang anda melakukan aktiviti sukan untuk mengelakkan dehidrasi atau masalah kekurangan air dalam badan. Jika terasa dahaga, minum air putih secukupnya dan berehat seketika.
4.Terus bersenam selepas makan
Badan memerlukan tenaga daripada makanan anda untuk membakar kalori tetapi dilarang makan dan kemudian terus bersenam kerana ia akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap kesihatan.
Sekurang-kurangnya dua atau tiga jam sebelum bersenam anda perlu makan dan tidak perlu terlalu berat.
5. Terlalu Bergantung kepada makanan tambahan
Mengabaikan kepentingan makanan atau minuman sebenar dengan alasan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan makanan. Tidak atau kurang menyedari bahawa makanan tambahan boleh mengandungi bahan kimia, bahan berbahaya dan sebagainya yang boleh merosakkan sistem tubuh Perlu diingatkan bahawa tidak semua pengusaha bersikap jujur sepenuhnya berkenaan dengan bahan-bahan sebagai kandungan dalam produk mereka termasuk informasi tentang fakta nutrisi, kaedah produksi, dan sebagainya.
Ads
6. Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa dibuat
Apabila melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu bukan minda sahaja yang terasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Sama ada berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat berat, selepas beberapa ketika badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.
7. Terlalu obses terhadap latihan kardio
Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan tetapi jika tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan diperoleh tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan akan hilang.
Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia. Latihan kekuatan perlu disertakan pada hari melakukan kardio sekurang-kurangnya mengangkat berat dua kali seminggu.
Ads
8. Guna alat, pakaian yang tidak atau kurang sesuai
Gunakan kasut yang tapaknya tidak rata ketika melakukan senaman tertentu seperti ‘Leg-Day’ atau ‘DeadLifts’ serta memakai ‘running-shoes’ yang tidak bersesuaian dengan permukaan seperti untuk balapan, hutan, pergunungan, berbatu-batu, dan sebagainya selain memakai pakaian tidak sesuai yang boleh meningkatkan risiko kecederaan terutama pada sendi, tendon dan tulang belakang.
Gunakan ‘gears’ yang sudah lusuh atau haus yang sepatutnya sudah diganti.
9. Fokus kuantiti sahaja
Terlalu fokus kepada kuantiti berbanding kualiti senaman. Jangan terlalu memaksa diri jika badan tak mampu kerana apa yang penting adalah konsisten.
10. Tidak buat senaman penyejuk badan
Senaman penyejuk badan tidak dilakukan selepas selesai bersenam. Jika senaman memanaskan badan bermula daripada kepala ke kaki, senaman untuk menyejukkan badan bermula daripada bahagian kaki ke kepala. Senaman yang dilakukan lebih santai dan tidak tergesa-gesa.
Sumber : Pesona Pengantin, Kevin Zahari dan Abang Sado & Sinar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?
Kenapa Lelaki Perlu Pilih Boxer?
Semestinya Selesa
Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.
Lebih Fashionable
Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini,boxerbanyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.
Kelancaran Sperma
Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.
Seluar tidur
Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxersebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.
Penutup
Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam ketat!
PEMAKAIAN SELUAR DALAM KETAT MERUPAKAN ANTARA PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN JUGA MEMPENGARUHI BILANGAN SPERMA.
Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama. Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa. Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara kita abaikan dan menganggap hal ini perkara biasa yang tidak membahaya. Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau di mana sahaja berdekatan dengan anda ketika tidur adalah membahaya dan sama sekali tidak digalakkan.
Mungkin ada yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam penggera, tetapi tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda. Ia bukan sahaja mengganggu saat tidur apabila berbunyi, sebaliknya para saintis telah membuktikan barangan elektrikal termasuk telefon bimbit dan set televisyen akan mengalirkan gelombang magnetik apabila digunakan.
Gelombang ini boleh menyebabkan mengganggu sistem saraf kita. Walaupun jika perlu meletakkan telefon bimbit berhampiran anda ketika tidur, pastikan ia dimatikan terlebih dahulu.