Bagi ramai penggemar sneakerhead, kasut adidas Ultraboost merupakan koleksi yang wajib ada dalam koleksi peribadi mereka. Kasut yangh diperkenalkan sebagai kasut larian ini menjadi antara sneakers paling dikehendaki dalam beberapa tahun lepas.
Namun dengan lambakan edisi serta warna yang diperkenalkan oleh adidas, silo Ultraboost ini mengalami sedikit penurunan dari segi populariti.
Bagi penulis perihal populariti itu tak seharusnya membayangi kasut yang dianggap sebagai antara paling selesa dipakai di dunia.
Sebagai jenama yang turut terkenal dengan sukan bola sepak, adidas sentiasa mengintegrasikan koleksi-koleksi istimewa mereka dengan keluaran khas.
Dan inilah koleksi edisi terhad terbaru yang dijangka akan menjadi hot item khusus buat peminat kelab bola sepak gergasi dunia, Manchester United. Adidas Malaysia hari ini mengumumkan bahawa koleksi edisi terhad ini akan mula dijual pada 29 Julai 2019.
Walaupun Manchester United menamatkan musim lalu dengan penuh sendu namun dengan suntikan semangat baru yang dibawa oleh pengurus baru mereka, Ole Gunnar Solksjaer dijangka mampu merejuvenasikan kedudukan mereka ke tahap lebih baik.
BACA: adidas Lancar Koleksi Hard Wired Pack, Kasut Bola Dengan Warna Menyerlah
Menurut adidas, pengenalan kasut istimewa ini bersempena untuk menperingati kemenangan pertama Manchester United dalam pertandingan piala tertua di dunia iaitu FA Cup yang dimenangi mereka pada tahun 1909.
Dengan silhouette Ultraboost OG, kasut ini tampil dengan warna hitam lengkap dengan teknologi Primeknit. Manakala bahagian tapaknya pula menggunakan kusyen teknologi Boost.
Di bahagian lidah terdapat sulaman bunga ros berwarna merah manakala ‘cage’ pula diperbuat daripada kulit dengan tulisan rapi sejarah kelan tersebut berbunyi ‘110 Years’, ‘Manchester Rose’ dan ‘1909_2010’.
Buat penggemar sneakser edisi terhad terutamanya peminat Red Devils anda pastinya tidak mahu ketinggalan untuk memiliki kasut ini. MASKULIN menjangkakan ia akan sold out dalam sekelip mata sahaja dan besar kemungkinan menjadi buruan reseller yang ingin meraih keuntungan mudah.
All the best kepada yang ingin cuba membeli kasut ini pada 29 Julai nanti.