Kasut bola keranjang kini menjadi sebahagian daripada material trendy bagi penggemar sukan dan fesyen. Antara jenama yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan dengan teknologi hebat ialah Under Armour.
Menerusi kolaborasi bersama pemain bola keranjang terkenal iaitu Stephen Curry, Under Armour menyerlahkan rekaan hebat menerusi koleksi ‘Curry’. Ia kini sudah memasuki edisi ketujuh dengan Curry 7.
Terbaru, Under Armour memperkenalkan Curry 7 Chinese New Year. Ia merupakan koleksi istimewa penghargaan mereka sempena kemunculan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Ads
Dari segi rekaan luaran ia sama seperti model Curry 7 yang lain. Apa yang membezakannya ialah inspirasi kemasa lukisan serta warna pilihan. Koleksi ini menyerlahkan pengaruh daripada lukisan tradisional Cina dikenali sebagai guóhuà.
Ads
Ads
Colourway terbaru Curry 7 kali ini menampilkan kombinasi tona warna kelabu dan juga gabungan elemen peony blooms.
Ia juga memberi penghormatan kepada populariti sukan bola keranjang yang berkembang dengan sangat pesat di China.
Selain itu Curry 7 dilengkapi dengan teknologi UA HOVR dan Micro G Cushioning yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi meningkatkan kualiti permainan di atas gelanggang. Koleksi edisi istimewa ini boleh didapati di semua outlet Under Armour bermula pada 20 Januari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengayaan rambut telah menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman, sebagai contoh gaya rambut pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya rambut afro yang sememangnya popular dengan keunikannya. Jika dilihat dari segi trend masa kini, pelbagai jenis gaya rambut direka. Tetapi haruslah diselaraskan dengan rupa bentuk muka dan warna kulit agar kelihatan lebih kacak dan tampan.
Jadi, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh lelaki yang ingin menyerlahkan lagi personaliti dan keyakinan diri. Jom kita lihat 10 trend rambut yang hit dan menjadi ikutan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi pencinta manisan, kadangkala donat boleh memuaskan keinginan anda. Itu antara sebab mengapa jenama jam tangan terkenal Swatch memperkenalkan jam tangan istimewa yang meraikan perkara berkenaan di samping sitkom animasi terkenal The Simpsons.
Dijamin mampu membangkitkan keceriaan dan mengukir senyuman di wajah anda, jam tangan yang dikenali sebagai Seconds Of Sweetness ini diinspirasikan daripada donat beraising merah jambu yang cukup ikonik dan sinonim dengan watak Homer Simpson.
Tampil dengan rekaan yang menggiurkan, jam ini mempamerkan dial berbentuk donut dengan kesan gigitan dihiasi taburan coklat urai berwarna-warni. Ia turut menampilkan rekaan aising berwarna merah jambu terang berserta corak coklat urai berwarna-warni di sepanjang tali jam yang berwarna kuning terang.
Gelung jam tangan menammpilkan logo Simpson dan pembungkusan jam itu sendiri menzahirkan nilai keseronokan jenaka subversif rancangan itu.
Lebih menarik, jam ini juga hadir dengan ciri-ciri SwatchPay. Di sesetengah negara yang terpilih, urusan pembayaran di kedai boleh dilakukan dengan jam tangan ini sahaja.
Seconds Of Sweetness dan Seconds Of Sweetness Pay ialah aksesori yang sesuai untuk peminat rancangan itu dan pencinta manisan. Ia akan tersedia di kedai Swatch dan di laman web Swatch mulai 2 November, berikutan pelancaran rancangan itu yang memecahkan rekod musim ke-35.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dua hari lalu jenama fesyen sukan dan gaya hidup berpengaruh asal Jepun, Onitsuka Tiger telah memperkenalkan koleksi kontemporari secara eksklusif menerusi persembahan yang cukup menarik. Koleksi terbaru ini dikatakan sarat dengan gabungan isnpirasi fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Di bawah pimpinan artistik Andrea Pompilio, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2022 di Milan menerusi sebuah filem pendek berjudul ‘Milan-Tokyo’, arahan Hideto Hotta.
Menariknya, jenama fesyen popular Jepun ini menggabungkan trend fesyen sukan bersama keterampilan inovasi telah memilih Milan Fashion Week buat musim kedua untuk mengetengahkan koleksinya yang terkini.
Filem pendek tersebut menggambarkan Andrea melakukan perjalanan dari kota Milan ke Tokyo yang kosong, namun masih belum hilang keunikannya. Rona pengembaraan malam bermula dari lapangan terbang, lalu bergerak pantas ke jalanan metropolis.
Kemunculan lampu isyarat, jambatan, jalan raya dan lebuh raya bertingkat: semuanya tampak kosong. Dengan peralihan pemandangan sekeliling, ia kemudiannya berubah menjadi sebuah landasan fesyen. Ruang yang luas terbentang seterusnya menjadi semakin kecil, menghampiri lorong-lorong Shinjuku dan Shibuya.
Ia sama sekali berbeza dengan keadaan di tengah bandaraya, diterangi lampu neon berwarna-warni milik kedai teknologi dan gajet, juga stesen teksi yang dipenuhi deretan teratur kereta lama serta baharu. Renda putih pada alas tempat duduknya pula memberi kesan bertentangan dengan kemilau LED berwarna-warni pada pintu automatiknya.
Kembara itu berterusan sehingga ke lorong belakang Arked Membeli-belah Ooimachi. Dari kedai kopi dan bar snek, hinggalah ke papan tanda jalanan; semuanya memancarkan cahaya sejuk kehijauan yang menghuraikan perasaan disorientasi, seperti hilang dalam terjemahan (lost in translation). Kembara itu berakhir di ruang atas bumbung salah satu dari bangunan pencakar langit Tokyo
Lampu-lampu yang tidak berhujung mengingatkan semula masa depan dystopia yang digambarkan oleh anime ikonik yang menakluki dunia. Justeru, waktu malam di Tokyo yang menantikan saat bangkitnya dari kesibukan rutin diangkat sebagai simbol tenaga dan kemodenan. Dengan estetik berorientasikan fesyen dan sukan, koleksi Onitsuka Tiger ini nyata sesuai dengan suasana keseluruhannya.
Musim 2022 bakal menjadi Tahun Harimau, simbol teras jenama ini dengan ungkapan tema berterusan iaitu kuasa harimau.
Helaian seleksi serbaguna dan pelengkap gaya dalam koleksi ini menampilkan cetakan haiwan serta geometri, selain garisan mendatar, yang turut digabungkan di dalam himpunan santai ke pantai. Untuk pilihan sepatu, terdapat dua gaya baharu yang menampilkan tapak kaki bercetak dan bahagian atas kasut yang menggambarkan ciri-ciri bulu harimau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.