Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula pada 28 Ogos dan akan berakhir pada 8 September 2024. Ia bukan hanya menjadi medan pertarungan bagi atlet-atlet paralimpik terbaik dunia tetapi juga simbol ketabahan, keazaman, dan inspirasi. Salah seorangnya ialah atlet olahraga negara, Eddy Bernard.
Dalam suasana yang penuh semangat dan persaingan sengit, kontinjen Malaysia telah berjaya memperoleh pengiktirafan di pentas global dengan pingat pertama. Eddy Bernard, atlet olahraga menjadi atlet paralimpik pertama pada edisi kali ini menyumbang pingat gangsa.
Eddy yang bertanding dalam acara 100 meter lelaki kategori T44 untuk atlet dengan kecacatan fizikal, telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa.
Bermula dengan kelebihan di awal perlumbaan, atlet berusia 23 tahun asal Sabah ini kehilangan momentum di pertengahan tetapi berjaya mengatasi rintangan untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11.58 saat.
Kejayaan ini tidak hanya membawa pulang pingat untuk Malaysia tetapi juga memecahkan rekod Asia yang sebelumnya dipegang oleh Indika Gamage dari Sri Lanka dengan catatan 11.75 saat, yang dicatatkan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Ads
Lebih mengagumkan, kejayaan ini juga menandai pemecahan rekod peribadi Eddy sendiri, memperbaiki masa terbaiknya yang sebelumnya ialah 11.77 saat.
Ini menunjukkan peningkatan dan komitmen Eddy dalam sukan olahraga, terutamanya di pentas yang sehebat Sukan Paralimpik.
Sementara itu, pingat emas dan perak telah menjadi milik Mpumello Mhlongo dari Afrika Selatan dan Yamel Luis Vives Suarez dari Cuba dengan catatan masa 11.12 saat dan 11.20 saat, masing-masing.
Pencapaian Eddy di Paris bukan sekadar kemenangan peribadi tetapi juga simbol harapan dan semangat tidak kenal menyerah yang menjadi intipati Sukan Paralimpik terutamanya buat kontinjen negara.
Ads
Kejayaannya ini pasti akan menjadi inspirasi bukan sahaja bagi para atlet lain tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan setiap langkah, larian, dan kemenangan, Sukan Paralimpik Paris 2024 tetap menjadi saksi kepada kisah-kisah heroik yang akan dikenang untuk generasi akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mencipta nama sebagai pemain profesional yang cukup digeruni di Eropah bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi buat pemain yang datang dari negara Asia.
Dalam dunia sepak bola profesional, nama Son Heung-min kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan kini disebut-sebut sebagai pemain Asia terbaik pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Son Heung-min yang juga bertindak sebagai ketua pasukan Tottenham Hotspur, memulakan perjalanan karier bola sepak penuh dengan cabaran dan semangat tidak mengenal erti putus asa yang cukup jitu menjadikannya sebagai salah seorang pemain Asia paling berpengaruh di Eropah.
Dia membesar di dalam sebuah keluarga yang menggemari sepak bola. Ayahnya, Son Woong-jung, merupakan bekas pemain sepak bola profesional yang kemudian menjadi pelatih.
Ayahnya merupakan figura yang mempuyai pengaruh yang cukup besar dalam perjalanan karier Son. Sejak di awal usia kanak-kanak Son telah ditanamkan etos kerja yang kuat dan disiplin yang tinggi.
Inilah dua nilai yang menjadi kunci kejayaan kariernya pada masa kini. Cabaran yang dihadapi oleh Son sejak kecil telah membentuknya menjadi atlet yang berdisiplin dan penuh dedikasi.
Sejak awal, Son telah dididik oleh ayahnya dengan disiplin yang ketat oleh ayahnya. Latihan keras dan disiplin menjadi bahagian dari kehidupan sehari-hari Son. Ayahnya sering kali menetapkan standard yang sangat tinggi, mendorong Son untuk selalu berusaha melebihi batas kemampuannya.
Ini termasuk latihan teknik asas bola sepak yang dilakukan setiap hari selama berjam-jam lamanya. Bagi sesetengah orang yang melihatnya mungkin beranggapan ia agak berlebihan untuk kanak-kanak seusianya.
KETEGASAN BAPA
Namun, pendekatan itulah yang telah membantu mengasah bakat serta kemampuan Son. Ia menjadi dasar yang mantap untuk perkembangan profesional yang dapat disaksikan pada hari ini.
Bapanya yang turut digelar sebagai ‘Tiger Dad’ kerana ketegasannya menerapkan disiplin.
“Bola sepak adalah mengenai bola. Jadi, atlet harus belajar mengendalikan bola sejak mereka mula bermain bola sepak,” jelas Son Woong-jung dalam satu temu bual dengan The Korea Times.
Dia turut membandingkan latihan asas bola sepak seperti menyusun dan menyelesaikan teka-teki.
“Anggaplah terdapat teka-teki yang serba baharu dan canggih dan anda memberikannya kepada pelajar gred kedua atau ketiga dan satu lagi kepada orang dewasa untuk melihat siapa yang boleh melakukannya dengan lebih pantas.
“Kemungkinan kanak-kanak itu boleh menguasai cara melakukannya dalam masa yang singkat. hari atau dua hari tetapi orang dewasa tidak boleh walaupun diberi masa seminggu,” jelasnya yang sangat menekankan kepentingan membina kemahiran asas yang kukuh.
Salah satu lagi cabaran terbesar bagi Son adalah keputusannya untuk pindah ke Jerman pada usia 16 tahun untuk menyertai akademi bola sepak kelab Hamburger SV. Keputusan ini bukan hanya cabaran secara profesional tetapi juga secara peribadi.
Son harus berdepan dengan cabaran bahasa, budaya dan kesepian karena jauh dari keluarga dan teman-temannya di Korea Selatan.
Adaptasi dengan iklim sepak bola Eropah yang sangat berbeda dari apa yang ia alami di Korea, juga merupakan cabaran tersendiri. Tekanan untuk berhasil dan membuktikan dirinya di tanah asing menambah beban emosional pada bahu muda Son.
MELAWAN STEREOTAIP
Harapan tinggi yang diletakkan untuk menjadi sebagai pemain Asia di Eropah merupakan cabaran psikologi yang berat.
Pemain Asia sering kali dihadapkan dengan stereotaip dan ekspektasi tertentu dan Son harus berjuang keras untuk membuktikan bahwa dia lebih dari sekadar pemain dari kontingen Asia, tetapi seorang atlet sepak bola berkelas dunia.
Di Hamburger SV, Son mulai menunjukkan bakatnya dengan melakukan debut profesional pertama pada tahun 2010. Aksi meyakinkan di kelab tersebut kemudian membawanya ke Bayer Leverkusen pada tahun 2013, di mana dia benar-benar mencipta nama di Bundesliga.
Bersama Hamburger SV
Dengan kelajuan, teknik dan kemampuan mencetak gol, Son menjadi salah satu pemain paling menonjol di liga lalu menarik perhatian dari klub-klub besar Eropah. Prestasinya yang memberangsangkan di Jerman itu menyaksikan peluang untuknya berhijrah ke liga paling popular dan berprestij di dunia iaitu EPL terbuka luas.
Son kemudian oleh kelab EPL, Tottenham Hotspur pada tahun 2015. Ia merupakan satu langkah sangat besar dalam kariernya. Di Spurs, Son tidak hanya menjadi pemain kunci tetapi juga mengukir sejarah, menjadi pemain Asia pertama yang menjaringkan lebih dari 50 gol di EPL.
Selain itu, aksi luar biasanya turut menyaksikan dia membantu Spurs layak ke final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2019, satu prestasi yang belum pernah dicapai kelab tersebut di dalam sejarahnya.
Di luar lapangan, Son dikenal dengan kerendahan hatinya dan dedikasi kerja yang luar biasa. Dia juga dikenal memiliki hubungan yang dekat dengan ayahnya, yang terus memainkan peran penting dalam karier dan kehidupannya.
Salah satu fakta menarik tentang Son adalah ia berhasil menyelesaikan kewajipan khidmat tentera di Korea Selatan pada tahun 2020, sesuatu yang ia lakukan dengan penuh bangga dan menganggap sebagai pengalaman yang memperkuatkan karakternya.
Son juga sangat popular di kalangan penggemar, tidak hanya karena kemampuannya di lapangan tetapi juga karena sikapnya yang ramah dan positif.
Dia telah menjadi duta besar bagi sepak bola Asia, membuka jalan bagi pemain muda Asia yang lain untuk mengejar cita-cita bola sepak di Eropah.
Kisah Son Heung-min adalah bukti bahwa dengan bakat, kerja keras, dan determinasi, batasan dapat ditembus. Dari kota kecil di Korea Selatan hingga puncak sepak bola Eropa, Son telah menulis bab penting dalam sejarah sepak bola, menjadi inspirasi bagi banyak orang, baik di dalam mahu pun di luar lapangan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama anak seni ini bukanlah asing dalam industri seni tanah air. Kemunculan pemilik nama Syafie Naswip dalam dunia lakonan bermula pada sekitar tahun 2005 menerusi satu uji bakat filem.
Nama baiknya pernah menjadi sebutan ramai kerana bakatnya yang boleh dianggap ‘luar biasa’ apabila Syafie diberi kepercayaan membawa watak utama menerusi karya terkenal arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Mukhsin.
‘Jatuh Cinta’ Aktiviti Bercucuk Tanam
Tapi siapa sangka, pemuda yang sering menghiasi kaca tv anda ini mempunyai hobi bercucuk tanam. Itulah pengalaman dan ‘cinta’ baru yang dirasai oleh Pelakon serba boleh Syafie Naswip, 31 sendiri.
Sebelum ini ketika musim (PKP) dahulu, pelakon filem Mukhsin itu berkata dia sudah semakin ‘jatuh cinta’ pada aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran dan gembira apabila sudah mula menuai hasilnya.
Ujarnya, selepas minat pada memasak, sekarang ‘berbudi pada tanah’ adalah cinta baharunya yang menjadi terapi diri sepanjang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah menggunakan #KebunBujangNilai di Instagram bagi berkongsi segala aktiviti bercucuk tanam yang dilakukan.
“Sejak PKP bermula pada 13 Januari lalu, saya terus berfikir aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam masa banyak terluang ini. Saya tengok di kawasan rumah, ada pula tanah dan terus rasa mula nak berkebun.
“Saya buat kaedah tanaman dalam pasu kerana boleh tanam banyak sayur, termasuk pokok herba yang saya nak. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ini dah merasa juga hasilnya seperti cili api, bendi, kucai dan kangkung,” katanya.
Petani Moden
Menurut Syafie, mana tahu dengan aktiviti bercucuk tanam ini akan membawanya bergelar petani moden suatu hari nanti. Ujarnya, yang pasti jiwanya tenang, positif dan sentiasa bersamangat meneruskan kehidupan.
“Untuk kerjaya seni, saya tetap teruskan kerana tawaran pun masih ada dan ia punca rezeki utama. Namun, sekaramg masih PKP dan saya pun tak tahu bila aktiviti penggambaran di luar akan dimulakan.
“Setakat bercuti seketika ini, alhamdulillah, saya masih mampu menanggung ibu bapa dan menyara keluarga dengan wang simpanan yang ada. Syukur, masih boleh bertahan,” katanya.
Syafie yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak- Kanak Terbaik pada 2007, berkata hingga kini dia juga tidak terlalu bersikap memilih watak. Katanya, asalkan ia sesuai dan membawa impak dalam lakonan, dia sedia menerima.
Sepanjang menceburi kerjaya seni terutama lakonan ketika berusia 12 tahun, Syafie hingga kini sudah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan juga beberapa trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Sentiasa ‘tunduk’ ke bumi, walau sudah sedekad lebih berada dalam arena ini, Syafie tetap ‘humble’ dengan para pelakon lain terutama dengan bakat-bakat baharu.
Wah, bagusnya Syafie Naswip ni, jarang anak muda yang suka bercucuk tanam ni. Tapi sekarang agak-agak Syafie ada masa tak bercucuk tanam lagi.hehehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wow, berhuntung badan betul Azfar Heri ini. Baru-baru ini Azfar telah menerima Anugerah Silver Play Button oleh syarikat gergasi video, Youtube.
Mengimbau kenangan bagaimana dia mula dikenali ramai dan meceburi bidang Youtube ini, Azfar memberitahu benda paling penting perlulah ada minat yang mendalam dalam sesuatu benda yang di buat.
Malah dia percaya jika dibuat dengan minat just go for it, segalanya pasti dapat.
“Ceritanya begini, sebenarnya saya dah lama buat akaun youtube. Namun saya mula aktif buat youtube tahun lepas bulan 7. Sebenarnya saya dikenali dari Tiwtter dan Instagram kerana saya buat masak-masak dahulu.
“Saya dikenali kerana kepetahan saya bercakap dan saya suka kongsi resipi di highlight Instagram, lama-kelamaan koleksi memasak saya dah penuh. Malah, susah kerana saya terpaksa post 1 minit video, seperti yang orang semua tahu saya banyak cakap, so tidak puas. Jadi saya post di twitter juga dan menjadi viral di bulan puasa tahun lepas.
“Saya dah ada audience saya ketika itu, kemudian ada yang memberi cadangan kepada saya untuk buat di Youtube. Di sini saya boleh cakap lebih lama. Setelah difikir memang bagus, pula-pula saya memang minat buat content di dalam video. Jadi dari sini saya mula buat Youtube.” Jelasnya di dalam sebuah video.
Namun pada awalnya dia tidak terlalu aktif dalam menghasilkan video kerana komitmennya sebagai pelajar di sebuah universiti tempatan. Dia Kembali aktif pada bulan 11 hingga sekarang.
.
Dia rasa gembira dan terharu apabila mendapat penghargaan daripada Amerika Syarikat itu, Azfar rasa bersyukur dan membuka kotak pemberian Youtube itu.
“Dia sampai tadi, saya sangat terkejut kerana saya diberitahu dia sampai dalam masa 2 minggu tetapi baru seminggu lebih dah sampai. Saya tak tahu saya yang tak tahu kira atau apa.
“Tiba-tiba ada orang beri salam, saya terpinga-pinga saya beli apa. Namun orang yang menghantar itu tunjuk kotak dan saya menjerit .” Katanya sambal membuat lawak.
.
Dia yang merasa teruja itu membaca surat berisi pesanan serta pengharaan yang tidak terhingga dari syarikat global itu.
“Kalau dapat 100 ribu subscribes akan dapat silver sama seperti saya, kalau one million akan dapat gold. 10 million dapat diomand…”katanya di dalam video tersebut.
Azraf sangat berpuas hati dan beranggapan dirinya sudah berjaya sehingga ke tahap ini berkata jika dirinya boleh capai di tahap ini, dia percaya orang ramai juga boleh dapat miliki apa yang diinginkan.
Malah di Instagram miliknya dia sempat memuat naik gambar serta ucapan ringkas dan memanjatkan syukur kerana diberi penhargaan seperti ini.
“thankyou semua yang selalu support, yang selalu melayan i punya bengong bengong ni. Allhamdulillah syukur. you akan berjaya if you percaya diri sendiri ! eventho tak semua orang yang akan suka kita but you do you okay, rezeki tu luas, selalu buat baik dengan orang dan selalu positive okay. Love you guys ” tulisnya.