Bentuk tubuhnya memberi inspirasi buat sesiapa yang melihat, kesungguhan juga iltizam yang dibawa bersama membenih kejayaan sehingga dia mampu mengubah bentuk fizikalnya menjadi sangat luar biasa. Mungkin ada mulut yang berkata, bila mahu mencipta badan yang cantik, mulalah mahu menunjuk, tetapi apa yang mahu disampaikan hanyalah erti tidak putus asa dan semangat dalam menuju perubahan.
Siapa Iqbal Arif?
Mengenalinya di laman Instagram dengan nama Ayepmustapha, membuatkan penulis mahu mengetahui lebih dekat akan kejayaan juga laluan sukar yang dilaluinya sepanjang mendapatkan bentuk fizikal yang kekar ini.
“Saya Iqbal Arif bin Mustapha, dilahirkan pada 7 Jun 1992, merupakan lepasan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dai Universiti Teknologi Mara, gemar bermain gitar dan biola, sangat suka memasak dan aktif bersenam. Tidak ketinggalan saya juga seorang knowledge seeker. Bercita-cita untuk memiliki sendiri restoran eksklusif di New York dalam tempoh 12 tahun lagi.
Aspek terpenting dalam latihan?
Apa yang paling penting adalah work ethic! Willing to put in work and having whatever it takes mentality. Jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain, anda mungkin mempunyai idola untuk berjaya tetapi jangan paksa diri anda untuk terlalu jadi sepertinya. Fahami bahawa untuk mendapatkan bentuk tubuh yang kekar mengambil masa yang lama di samping usaha berterusan tanpa kenal erti mengalah.
Kepentingan nutrisi
Pengamalan nutrisi ini sebenarnya adalah ibarat roti dan mentega, anda boleh mendapatkan tubuh idaman tanpa ada perlu bergantung kepada pengambilan nutrisi yang tepat setiap hari. Saya makan enam hingga lapan kali sehari makanan sihat, saya hanya pastikan apa yang saya makan mengandungi zat yang diingini. Ia bergantung pada tujuan anda juga sama ada mahu mendapatkan bentuk bulk, cut or simply maintain.
Ads
Latihan yang diamalkan?
Saya kerap mengamalkan latihan senaman yang paling cepat dan bermanfaat buat saya yang saya gelarkan sebagai Big 3, iaitu squats, benchpress dan deadlifts. Latihan asas ini sangat membantu kerana ia sudah melengkapi segala aspek senaman di samping turut menjana kekuatan otot badan. Pastikan latihan ini dilakukan dengan gerakan yang tepat bukan sekadar buat sahaja!
Berapa lama anda lakukan latihan setiap hari?
Bila bukan untuk persiapan pertandingan, saya akan berlatih dua jam setiap hari dan kebiasaannya pada waktu malam, namun apabila tiba musim pertandingan i would train twice up to 3 times a day 7 times a week. 2 hours per session. First workout would be at 5 am in the morning and second session would be at 7 pm at night.
Ads
Eat clean?
Eating clean? Theres a lot of approach to dieting really. For me there is no such thing as eating clean. You can either choose to eat healthy to reach your goals or loosen up a bit (have a little snack here and there). Bila berbicara mengenai menurunkan berat badan, anda tidak perlu terlalu eat clean, ia seperti kalori vs kalori, anda hanya perlu mengurangkan komposisi makanan pada awal berdiet dan teruskan makan makanan rendah kalori sehingga mencapai target yang diingini. Berbeza untuk mereka yang mahu membentuk otot badan pula, makan secara sihat ini adalah tunjang utama untuk mereka berjaya, saya akui, saya tidaklah terlalu struggle dalam mengekalkan bentuk badan.
I use a smart approach on my diet to hold on to whatever muscle mass I had. That just show how important nutrition is when it comes to build your physique. Tidak perlu terlalu terikat dengan plain old boring grilled chicken and rice everyday, its all science. Sungguhpun itu, saya mengambil masa hampir enam tahun untuk mendapatkan bentuk badan seperti kini. Apa yang penting adalah nutrisi dan latihan yang betul. Whatever it is, im pretty sure nothing beats my work ethic when it comes to building my physique
Tiga tip bentuk otot dengan mudah?
Tiga perkara yang perlu anda titik beratkan adalah nutrisi, latihan dan rehat secukupnya, pastikan anda berikan 120% setiap hari.
Ads
Latihan paling digemari?
Side lateral raise. Bagi saya fizikal yang menarik adalah dengan adanya small waist dan wide shaoulder,A perfect V taper is what I would say. Side lateral raise allows me to widen my shoulder and make my 28 inch waist looks smaller. V taper indeed.
Idola
Arnold Schwarzenegger. Bagi saya fizikalnya sangat sempurna, small waist, wide shoulder, a broad chest, perfect symmetry, you name it he have them all. Lebih mengagumkan, dia mendominasi sewaktu eranya, bagi saya tanpa Arnold, body building will never be where its at today.
Quote
If you’re not happy with where you’re currently at, that should be enough motivation for you to move further.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kecoh tempoh hari dengan pesta durian tak jadi, ramai yang kecewa sebab dihidangkan dengan durian muda, pelik juga kenapa orang kita sangat sukakan durian sehingga sanggup beratur panjang semata-mata kerana durian. Rupanya selain rasanya yang sedap, durian turut menjadikan diri anda lebih muda dari usiannya. Buat mereka yang konon-konon tak boleh nak makan tu, sesekali cubalah rasa, mungkin tak cukup selori untuk anda nak habiskan nanti.
Awet Muda
Durian mempunyai sumber vitamin C. Fungsi Vitamin C dapat mencantikkan malah melambatkan proses penuaan kulit serta wajah seseorang.
Pembekal Tenaga
Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk memberi dan menambahkan tenaga.
Mencerdaskan Otak
Tahukah anda 200 pelajar di Twickenham ( Middlesex) school diuji kecerdasan dengan makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu istirehat? Hasil kajian menunjukkan kalsium buah durian tinggi dan berjaya membantu pelajar untuk fokus kepada pelajaran.
Cegah Masalah Tekanan
Durian mengandungi vitamin B6 dimana mambantu untuk kurangkan masalah tekanan. Durian mempunyai tryptophan dimana ianya sejenis asam amino yang dpt mengubah tubuh jadi serotonin iaitu mampu membuat badan lebih tenang, mood lebih gembira dan lebih baik.
Nutrisi Untuk Tulang Serta Gigi
Durian mengandungi kalsium, kaliu serta vitamin B1, B2. Kesemua ini dapat mempertahankan kesihatan tulang dan gigi anda.
Pencernaan Yang Sihat
Serat yang cukup tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Bagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian.
Cegah Masalah Kurang Darah (Anemia)
Buah durian mengandung folat serta zat besi yang memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala anemia atau kurang darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepas tu boleh kata takda baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?
1.Ajar Cipta Matlamat Kewangan
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
2.Ajar Simpan Sebelum Berbelanja
Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan. Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:
Pendapatan – Simpanan = Belanja.
3.Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak
Jika si dia menggelupur nak IPhone X, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.
4.Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.
5.Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak
Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone X, travel luar negara ataupun lepak minum Starbucks. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.
6.Ajar Tentang Risiko Kewangan
Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros. Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
7.Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi. Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang tidak kering gusi apabila melihat aksi Dwayne Johnson dan Zac Efron dalam filem terbaharu mereka Baywatch. Pelbagai aksi lasak dan bentuk badan yang mengiurkan menjadi aset utama filem ini.
Berjaya mengembalikan rasa nostalgia kepada peminat siri Baywatch yang popular sekitar tahun 90-an sehingga awal 2000 ini sekali gus mengubat rindu pengikut drama penuh kontroversi dan aksi panas ini.
Sudah nama pun Baywatch, mungkin sisi seksi tidak dapat lari dari ciri seorang kru penyelamat pantai. Kali ini Dwayne Johnson terpaksa berhadapan dengan kru baru yang lebih kacak, muda dan bermasalah lakonan Zac Efron. Namun di sebalik melatih kru baru, dia turut berhadapan dengan kes pengedaran dadah yang semakin berleluasa di sekitar teluk yang mereka jaga. Pelbagai masalah dan perkara melucukan terjadi sepanjang mereka menyelesaikan kes tersebut.
Apa yang pasti, filem ini akan membuatkan anda terus terhibur sehingga ke akhirnya, walaupun jalan ceritanya agak sedikit longgar, namun sebagai filem aksi komedi dengan penampilan aktor kelas A ia mungkin boleh dimaafkan. Lakonan Priyanka Chopra juga kurang menyerlah, sebab jahat macam tak berapa nak jahat sangat lah.