Rakyat Malaysia ini membawa baju Melayu ke Piala Dunia 2018, dan membuka mata dunia dengan sepersalinan baju tradisi kita. Tindakan yang sangat membanggakan! Salah seorang peminat tegar bola sepak, Putra Tashrinudin Tajudin, 32, berkata, keterujaan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia buat kali pertama secara langsung di stadium membuatkan dia sanggup ke Rusia walaupun terpaksa menyambut lebaran jauh daripada keluarga di Perak.
Rakyat Malaysia ini benar-benar telah membuat perkara yang luar biasa di mata dunia dengan cara yang paling membanggakan sekali! Pertama, kemunculan Jalur Gemilang, kemudian, bendera PKR, dan sekarang rakyat Malaysia dengan bangga telah membawa Baju Melayu ke Piala Dunia
Selain dari Jalur Gemilang dan bendera Perak, beliau juga membeli topi bebulu Rusia untuk menggantikan songkok yang lazimnya dipakai dengan Baju Melayu.
Menurut wawancara dengan The Star “Ramai warga asing yang datang untuk mengatakan hai dan bertanya tentang kostum yang saya pakai,” lapor lelaki 32 tahun itu.
Disamping itu, dia juga tidak dapat lari daripada ditemuramah oleh beberapa pemberita mengenai pakaiannya. “Saya sangat gementar tetapi gembira pada masa yang sama dan saya dapat menjelaskan kepada mereka tentang apa yang saya pakai,” katanya.
Putra turut memberitahu semasa pertandingan Portugal menentang Maghribi, seorang krew televisyen Rusia telah menemuinya dan bertanya tentang pakaian dan pengalamannya di sana. Putra akan meninggalkan Rusia pada 24 Jun, tetapi sepanjang masa dia berada di sana, dia semestinya telah membanggakan semua rakyat Malaysia!
Sumber : Era Baru