Bergelar sebagai penyanyi dan selebriti, muzik dan audio merupakan dua perkara yang cukup penting dalam hidupnya. Itulah yang dinyatakan oleh Alif Satar pada majlis pembukaan Harman Studio di Malaysia di Geo Avenue, Sunway South Quay, Subang Jaya.
Pada majlis perasmian yang berlangsung Jumaat lalu, pihak Harman Malaysia mengumumkan Alif Satar sebagai duta mereka. Dengan statusnya sebagai bintang selebriti, Harman Malaysia menganggap nilai dan kualiti yang dibawa oleh Alif Satar seiring dengan mesej yang dibawa oleh produk mereka.
BACA: Top 10 Dash Cam Terbaik Di Pasaran Untuk Keselamatan Anda Di Jalan Raya
Kepada anda yang meminati peranti audio pastinya cukup masak dengan jenama-jenama seperti JBL dan Harman Kardon. Kini ia secara rasmi membuka studio pertama mereka tang menampilkan pelbagai produk audio Harman yang serba lengkap. Selain JLB dan Harman Kadon, ia turut menawarkan jenama berkualiti lain seperti Lexicon, Mark Levingson dan Revel.
Selain Alif Satar, majlis perasmian studio ini turut disertai oleh Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Harman Asia Pasifik, Mark Ng. Menurut beliau dengan pembukaan Harman Studio penggemar peranti audio di Lembah Klangd dan Malaysia amnya akan dapat merasai sendiri pengalaman solusi audio yang ditawarkan.
“2019 merupakan tahun yang menarik buat Harman Malaysia. Kami mensasarkan untuk mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia dan kami ingin menawarkan lebih daripada sekadar produk kepada para pelanggan. Kami mahu melibatkan pengguna dengan kualiti dan nilai yang ditawarkan oleh Harman. Saya percaya dengan pelancaran Studio Harman, jenama ini akan terus menjadi jenama pilihan audio bagi masyarakat Malaysia,” tambah Mark Ng.
Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama.
Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019