Isi Kandungan
ToggleSaudara Huszree Tokiman dahulu merupakan seorang yang pantang nampak benda sedap, pasti dia terus makan tanpa kawalan.
Itu adalah cerita beliau pada zaman dahulu tetapi kini dia sudah mempunyai berat badan yang ideal iaitu 67kg.
Pasti ramai orang yang cemburu dengan transformasinya, disebabkan itu MASKULIN cuba korek sedikit rahsia beliau. Berikut adalah soal jawab beliau bersama kami.
BACA: Lelaki Ini Berjaya Turun Berat Badan Dari 120Kg Ke 82Kg, Ini Resipi Kejayaannya
1. Kenapa ingin berubah?
Kerana saya mahu hidup lebih sihat dan dahulu saya juga menjadi bahan ejekan dari rakan-rakan.
2. Adakah terdapat perubahan badan selepas mula diet?
Actually xdelah banyak perubahan dia cuma I kurangkan portion pengambilan makanan and that’s it dan makan dengan kerap dan malam jangan makan.
3. Apakah cara awak menahan godaan makanan?
Bila kita nampak makanan yang kurang sihat atau apa elakkan daripada tgok dan stiff dengan pendirian yang kita buat
4. Apakah perubahan yang paling ketara pada badan?
Perubahan yang paling ketara ada bahagian perut & peha
5. Boleh kongsi tip senaman yang awak amalkan?
Usually i akan spend lebih kurang satu jam sehari….i buat selang seli cthnya isnin buat selasa x buat
6. Adakah awak sudah selesa dengan keadaan sekarang atau ingin buat lebih lagi?
Sebenarnya tidak and ada juga impian nak fitkan badan dan turunkn lagi sikit berat badan tapi so far alhamdulillah saya berpuas hati
BACA: Udang Galah Boleh Bantu Anda Turunkan Kolesterol, Ini 8 Kebaikan Lain Yand Anda Dapat
7. Siapakah yang mendorong anda untuk turunkan berat badan?
Motivasi dari my parents, kawan2 rapat dan yang paling penting diri sendiri itu je yang mengekalkan diri saya untuk lebih bermotivasi
8. Adakah awak ada membuat rujukan dari orang lain?
Yeah dari pengalamn orang dan diri sendiri
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kuruskan Badan Dengan Cara Yang Salah! Ini Kesilapan Yang Anda Selalu Lakukan!
BERAT BADAN BERLEBIHAN ADALAH MASALAH YANG SEMAKIN SERIUS DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA HARI INI. MALAYSIA ADALAH ‘JUARA’ DI ASIA TENGGARA UNTUK MASALAH OBESITI.
RAMAI MENGAMBIL PENDEKATAN MENGURANGKAN MAKAN DAN BERSENAM UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN. TANPA KITA SEDARI, ADA YANG MEMBUAT KESILAPAN DALAM USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN. ANTARA KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH ORANG RAMAI ADALAH MELAKUKAN ‘DIET’ DENGAN KAEDAH SALAH.
Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan ‘diet’, yang bermaksud tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau.
Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan. Walaupun terlebih makan antara punca berat badan berlebihan, jangan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.
Jika anda terlalu kerap berlapar, sistem metabolisme badan berubah iaitu metabolisme badan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ menjadi kecut.
Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ melampau seperti ini, anda mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah dan semuanya menjadi lemak.
Berat badan anda bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya, anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan tetapi gagal menurunkan berat badan.
Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.
Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan ‘ketosis’ dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.
Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan ‘ketosis’ adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.
Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.
Pemakanan seimbang yang disarankan adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.
Seseorang juga perlu meninggalkan ‘makanan proses’ yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.
Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.
Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk ‘pinggan makan’ yang dipanggil ‘Healthy Eating Plate’.
Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil ‘Choose MyPlate.gov’ dan di Malaysia dipanggil sebagai ‘Model Pinggan Sihat’.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikit pun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
adidas Supernova Rise, Kasut Larian Harian Paling Selesa Di Pasaran [REVIEW]
Isi Kandungan
ToggleMemilih kasut larian yang sesuai sememangnya menjadi satu perkara mungkin agar meresahkan. Ini terutamanya buat pelari yang mungkin ingin berjinak-jinak aktif dalam aktiviti kecergasan.
Tersalah pilih bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi atau tidak selesa tapi mendedahkan risiko kepada kecederaan.
Penulis sendiri sebenarnya sudah beberapa bulan tidak aktif melakukan larian. Jadi ketika pertama kali diberi peluang untuk mencuba sendiri memulakan larian semula dengan kasut ini, tidak dinafikan berasa sedikit skeptikal.
Kasut yang dimaksudkan ialah kasut larian terkini yang diangkat oleh adidas sebagai kasut larian terbaik untuk larian harian, Supernova Rise. Ia merupakan kasut larian dari siri SUPERNOVA yang turut ditampilkan bersama dengan dua model lain iaitu Supernova Solution dan Supernova Stride.
Menurut satu kaji selidik adidas mendapati salah satu masalah utama yang dialami oleh pelari ialah menggunakan kasut larian yang tidak selesa dan menyakitkan dengan 47 peratus dari 2,674 pelari dari 11 buah negara memberikan jawapan sama.
Jadi bagaimana dengan pengalaman penulis sebagai pelari beginner berlari menggunakan adidas Supernova Rise dalam tempoh dua minggu?
CUSHIONING DAN KESELESAAN
Salah satu ciri menonjol Supernova Rise adalah cushioningnya yang luar biasa. adidas memperkenalkan Dreamstrike+ yang merupakan super foam diinspirasikan dari LIGHTSTRIKE PRO. Ia memberikan rasa lembut dan responsif di bawah kaki ketika melakukan larian.
Ia tidak hanya menyerap impak dengan setiap langkah tetapi juga mengembalikan tenaga menjadikannya ia cukup ideal untuk penulis dan anda yang baru mula membina jarak lari mereka.
Keselesaan ini ditingkatkan lagi dengan upper mesh yang lembut dan berudara, yang memastikan penyesuaian yang pas sambil membenarkan aliran udara yang cukup, menjaga kaki sejuk dan selesa sepanjang larian.
SOKONGAN DAN KESTABILAN
Bagi pelari pemula, yang mungkin belum memperbaiki langkah lari mereka, kepentingan sokongan dan kestabilan tidak dapat ditekankan lebih lagi. Supernova Rise menangani keperluan ini dengan counter tumitnya yang terstruktur dan reka bentuk forefoot yang lebar.
SUPPORT RODS di bahagian tapak Supernova RISE didatangkan dengan sistem buih padat yang dimuatkan di bahagian bawah, memberikan sokongan neutral dari tumit ke kaki.
Ia secara tak langsung menjadikan setiap langkah larian jadi lebih stabil dan selesa. Manakala COMFORT HEEL FIT, gabungan buih kusyen yang lembut dan menyokong serta tekstil lembut yang mengelilingi tumit, yang digabungkan dengan lancar untuk memberikan sokongan yang selesa kepada bahagian tumit.
Apatah lagi kebanyakan lokasi larian yang dilakukan penulis ialah di kawasan jalan raya bertar atau trek larian sintetik.
KETAHANAN DAN CENGKAMAAN
Adidas memahami bahawa pelari pemula memerlukan kasut yang dapat bertahan terhadap latihan awal sambil menawarkan cengkaman yang baik.
Outsole atau tapak kasut Supernova Rise dibuat dari gabungan getah yang tahan lama yang menawarkan cengkaman yang sangat baik pada permukaan basah dan kering dikenali sebagai getah Adiwear.
Bahagian tapaknya terbahagi kepada tiga seksyen di mana kesemuanya diliputi getah Adiwear. Pada bahagian tengah boleh diperhatikan Support Rods yang jelas kelihatan dengan warna tapak translucent.
Adakah ia memberikan cengkaman sama seperti outsole kasut larian adidas lain yang menggunakan Continental? Sejujurnya ia tidak memberikan banyak perbezaan yang ketara.
KESELURUHAN
Sceara keseluruhannya, sebagai pelari yang memulakan semula aktiviti harian selepas sekian lama, adidas Supernova Rise mampu menjadi pilihan terbaik buat pelari ‘beginner’ dan boleh menjadi kasut larian harian terbaik.
BACA: TOM CRUISE Awet Muda & Kacak Diusia 61 Tahun, Ini Rahsianya!
Gabungan di antara keselesaan, sokongan dan ketahanan, bersama dengan reka bentuk dan inovasi yang terkenal dari jenama itu, menjadikannya ia sebagai pilihan yang tepat.
adidas Supernova Rise boleh menjadi lebih daripada sekadar kasut lari; ia adalah asas untuk pelari pemula untuk dibangun. Samada anda ingin memulakan larian untuk kali pertama atau secara beransur-ansur meningkatkan jarak anda, Supernova Rise dilengkapi untuk membantu anda menghadapi cabaran itu.
Kasut larian ini telah membantu penulis untuk berlari pada kadar yang lebih pantas kerana dua asas utamanya – selesa dan stabil!
adidas Supernova Rise kini boleh didapati di kedai-kedai adidas atau pengedar terpilih dan juga menerusi laman sesawangnya, adidas.com.my pada harga RM599.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hati-hati, Kerap Ketawa Tandanya Anda Miliki Sindrom L.Q.T!
Bergelak ketawa sambil melayari kehidupan dengan keriangan sememangnya menjadi satu kebiasaan yang harus dipraktikkan. Apabila kita gembira, tandanya kita bahagia. Namun, jangan terkejut jika sekiranya kegembiraan yang ‘terlampau’ sebenarnya mampu membunuh secara mendadak yang punya kaitannya dengan sistem jantung anda.
KENALI SINDROM L.Q.T
Apa itu sindrom L.Q.T? Buat pengetahuan pembaca, sindrom ini merupakan satu kondisi ganguan irama elektrik jantung yang berpotensi untuk menyebabkan degupan jantung berdegup laju, kencang dan pesat.
Malah, degupan jantung yang kejang boleh menyebabkan anda sukar bernafas. Keadaan ini boleh menyebabkan pitam secara tiba-tiba, pengsan mahupun kematian yang mendadak. Jantung berdetik sekitar 100,000 kali sehari bagi mengedarkan darah ke seluruh tubuh.
Istilah ‘Q.T’ merujuk kepada corak abnormal yang dilihat pada EKG (elektrokardiogram) dimana ia merupakan satu proses atau ujian yang mengesan dan merekodkan aktiviti elektrik jantung.
Dengan setiap degupan jantung, isyarat elektrik merebak dari bahagian atas jantung hingga ke bawah. Data dari EKG dipetakan pada graf supaya doktor anda boleh mengkaji aktiviti elektrik jantung anda.
Baca: Menangislah, Kerana Ia Mampu Menstabilkan Degupan Jantung & Membantu Untuk Tidur!
MATI MENDADAK AKIBAT KETAWA
Berdasarkan pemerhatian Dr Ananya Mandal, MD, ‘ mereka yang memiliki sindrom QT diperolehi daripada genetik keluarga. Kadangkala mereka tidak sedar yang mereka menghidapnya. Namun, aktiviti seharian kita juga boleh menyumbang kepada sindrom ini.
Selain dari tu, kebiasaan penyebab kepada kadar dengupan jantung berdetik deras adalah akibat kegiatan yang melibatkan fisik atau kegembiraan yang terlampau emosional.
Contohnya, apabila kita ketawa terbahak-bahak sehingga tidak berhenti-henti. Ini juga boleh menyebakan degupan jantung berdenyut deras sehingga otak tidak mampu untuk menerima bekalan darah yang mencukupi. Ini yang menyebabkan otot jantung kejang dan boleh menyebabkan kematian yang mendadak, walaupun pada golongan yang berusia muda.
GEJALA
Berikutan dengan kondisi sindrom ini yang didapati ada pada seseorang tanpa mudah untuk disedari, ada gejala yang boleh anda amati tanda-tandanya seperti:
1. Degup jantung makin deras
2. Hampir hampir nak pengsan dan pitam
3. Otot-otot kejang
4. Badan berpeluh-peluh
5. Mengah dan sukar untuk bernafas
Ikuti perkembangan MASKULIN yang terkini dan dapatkan info berkaitan lelaki di Facebook dan Instagram MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI