Bagi suami isteri yang menginginkan anak khususnya dalam kalangan pasangan agak berusia, masa bukanlah kawan. Semakin lama bertangguh, semakin rendah peluang untuk mendapatkan anak. Sebabnya mudah. Tahap kesuburan wanita merosot dengan peningkatan umur terutama selepas berusia 35 tahun. Bahkan gaya hidup yang kurang sihat juga akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita secara keseluruhannya

Pasangan dikatakan mengalami masalah kesuburan sekiranya tidak berjaya hamil selepas enam bulan berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Bagi pasangan muda, tempoh ini boleh dilanjutkan kepada setahun. Namun bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas, sekiranya cubaan selama enam bulan tidak berjaya, segeralah berjumpa pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.

Apabila gagal mendapatkan anak, sepatutnya tidak timbul soal salah siapa sehinggalah suami dan isteri menjalani pemeriksaan.

Dulu Merancang, Sekali Bila Teringin Terus Tak Dapat-Dapat

Bukan anda saja yang berdepan dengan perkara ini. Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Bagaimanapun, oleh kerana suami dan isteri mempunyai jumlah kemungkinan yang sama (mengalami masalah kesuburan), mereka perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu ini. Sekiranya bersungguh mahukan zuriat, segeralah membuat temu janji dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.

Antara perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan ialah melengahkan perkahwinan, bertangguh untuk mendapatkan anak, tekanan, gaya hidup tidak sihat (termasuk merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang) serta sikap kurang ambil peduli mengenai perkara ini.

Dulu Merancang, Sekali Bila Teringin Terus Tak Dapat-Dapat

Pemeriksaan

Biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.

IKLAN

Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:

• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.

• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.

• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.

• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.

Dulu Merancang, Sekali Bila Teringin Terus Tak Dapat-Dapat

Pilihan

IKLAN

Pilihan rawatan tertakluk kepada keadaan dan keputusan ujian setiap pasangan sama ada menjalani kaedah permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Namun, pasangan masih mempunyai hak untuk menentukan kaedah yang dikehendaki selepas berbincang dengan doktor.

Dalam kaedah IUI, sperma suami akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri. Ini akan mencegah sebarang komplikasi yang mungkin timbul sepanjang perjalanan sperma untuk sampai ke rahim. Ini adalah kaedah yang paling lazim dan biasanya dicadangkan jika jumlah sperma suami agak rendah atau isteri ada masalah peranakan yang lain.

Kadar kejayaan kehamilan adalah sekitar 15 hingga 20 peratus. Kadar ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya umur wanita, kualiti sperma dan telur atau kerosakan pada tiub Fallopian.

Dulu Merancang, Sekali Bila Teringin Terus Tak Dapat-Dapat

Embrio inilah yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Bunyinya macam mudah tetapi hakikatnya, ada banyak proses yang perlu dilalui oleh wanita. Secara ringkasnya ia bermula dengan suntikan hormon untuk memperbanyakkan telur yang matang, pengambilan telur untuk disenyawakan dan proses memasukkan embrio ke dalam rahim.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pasangan iaitu:

IKLAN

• Kejayaan

Di seluruh dunia, kadar kejayaan kehamilan menggunakan kaedah ini semakin meningkat. Namun ada juga pasangan yang perlu melakukan rawatan ini lebih daripada sekali sebelum berjaya mendapatkan anak.

• Fakta mengenai kualiti embrio. Kualiti embrio yang rendah menjadi sebahagian besar punca kegagalan kehamilan. Kejayaan untuk embrio melekat pada dinding rahim juga banyak bergantung kepada umur wanita.

Bagi wanita berusia di bawah 35 tahun, peluang untuk embrio berjaya melekat pada dinding rahim adalah 45 peratus tetapi angka ini menyusut kepada 15 peratus bagi wanita berusia antara 40 hingga 42 tahun.

Secara umumnya, lebih tinggi umur seseorang wanita, peratus kejayaan akan lebih rendah. Malah kebarangkalian berlakunya aneuploidi atau ketidaknormalan kromosom iaitu kehadiran jumlah kromosom yang tidak normal (sama ada terlebih atau kurang) di dalam sel juga akan meningkat. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan kes paling biasa ialah sindrom Down dan sindrom Turner.

Apabila usia wanita meningkat, insiden ketidaknormalan kromosom dalam telur yang matang meningkat mendadak dan ia bermula pada awal 30-an.

Kadar ini akan terus bertambah dengan peningkatan umur wanita. Pada pertengahan usia 40-an, kajian menunjukkan ketidaknormalan kromosom pada embrio mencecah 70 peratus. Ini bermakna, peluang untuk kehamilan yang berjaya semakin rendah.

“Bagaimanapun ini bukanlah bermakna keadaan sperma dan rahim tidak menyumbang kepada kegagalan IVF tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kualiti embrio.

“Jadi, inilah sebabnya mengapa anda perlu merancang keluarga sama ada sebelum atau sebaik mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan seimbang, kerap bersenam dan berhenti merokok. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI