Khaire Idris, pengasas jenama KhaireIdris ini membuktikan bahawa minat yang mendalam sejak kecil mampu menjadi pemangkin kejayaan besar.
Berbekalkan ilham daripada ibunya yang merupakan tukang jahit, Khaire mula menanam impian dalam dunia fesyen tanpa menoleh ke belakang.
“Saya tiada SPM, tapi saya percaya kemahiran boleh membawa kita jauh. Melihat mak menjahit di rumah menjadi titik permulaan saya ambil sijil kemahiran dan mula berjinak-jinak dalam dunia fesyen,” katanya ketika ditemui.
Sejak kecil, Khaire sudah terbiasa melihat ibunya menyiapkan tempahan pelanggan di rumah.
Bunyi mesin jahit dan bau kain baru sudah menjadi rutin harian yang akhirnya menumbuhkan rasa cinta terhadap bidang tersebut.
Bagi Khaire, kemahiran adalah aset paling berharga dan mampu membuka pintu kejayaan tanpa mengira latar belakang akademik.
Perjalanan Menimba Ilmu & Pengalaman
Bermula dengan mempelajari asas jahitan daripada ibunya, Khaire tidak berhenti di situ.
Demi memperkukuhkan kemahiran, beliau mengambil sijil kemahiran dalam bidang fesyen dan tekstil.
Ads
Tidak cukup dengan itu, Khaire juga pernah bekerja bersama beberapa pereka fesyen terkenal yang banyak membantunya memahami selok-belok dunia fesyen dengan lebih mendalam.
“Daripada mereka, saya belajar tentang teknik potongan, jahitan berkualiti dan bagaimana membina identiti jenama sendiri. Pengalaman itu sangat berharga kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu koleksi dihasilkan dari awal hingga akhir,” tambahnya.
@maskulinmy Dulu hanya minat, kini ada jenama sendiri! Siapa sangka, tanpa SPM hanya berbekal minat dan inspirasi dari ibunya, beliau kini berjaya membina jenama sendiri! Jom ikuti kisah inspirasi ini! 🔥 @khairree ♬ original sound – Maskulin
Cabaran & Persaingan dalam Industri Fesyen
Menjadi pereka fesyen muda sememangnya tidak mudah. Khaire harus berdepan dengan persaingan sengit daripada jenama-jenama besar yang sudah lama bertapak dalam industri.
Namun, beliau percaya bahawa kualiti dan keunikan rekaan mampu menjadi daya penarik pelanggan.
Ads
“Jenama besar sudah establish. Saya pula baru bermula, jadi saya perlu bekerja keras untuk membuktikan kualiti produk saya. Apa yang membezakan saya adalah sentuhan personal dan perhatian terhadap setiap tempahan pelanggan,” jelasnya.
Setiap tempahan melalui proses fitting secara peribadi bagi memastikan setiap helaian menepati cita rasa pelanggan.
“Saya sentiasa pastikan kualiti lebih penting daripada kuantiti. Setiap pakaian dihasilkan dengan penuh perhatian, dari potongan hingga jahitan terakhir. Jika pelanggan tidak puas hati, saya sanggup membetulkan sehingga mereka benar-benar berpuas hati,” jelasnya.
Ads
Dengan pendekatan ini, KhaireIdris berjaya membina hubungan erat dengan pelanggan yang menghargai keunikan dan kehalusan kerja tangannya.
Impian Butik Sendiri
Walaupun masih bertatih dalam industri, Khaire tidak pernah berhenti bermimpi untuk memiliki butik sendiri satu hari nanti.
Impian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha memperkenalkan jenamanya kepada lebih ramai pelanggan.
“Semua orang ada impian. Saya percaya perjalanan ini akan membuahkan hasil jika kita terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Lambat atau cepat, saya yakin butik impian itu akan menjadi kenyataan,” katanya penuh semangat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di persada perniagaan media di negara kita, Kumpulan Karangraf (Karangkraf) merupakan nama yang cukup gah. Di sebalik kekuatan syarikat yang turut serta merevolusikan dunia media di Malaysia ialah pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Selepas empat dekad menerajui syarikat beliau kini mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa pada 1 November 2022. Turut mengumumkan perletakan jawatan yang berkuat kuasa pada tarik sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Datuk Hussamuddin Yaacub
Berikutan pengumuman tersebut, dua ikon gergasi media negara ini akan bertindak sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat. Mereka berdua juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah.
Dalam pada masa yang sama Karangkraf turut melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka ialah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
Datuk Muhammad Nasir Hamzah
SERAHKAN KEPADA GENERASI MUDA
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Hussamuddin bakal diisi oleh Firdaus sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pengawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
“Sejak empat dekad lalu Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dengan pengumuman tersebut Kumpulan Karangkraf juga bakal menyaksikan beberapa perubahan penstrukturan yang turut bekuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang sudah bekerja pasti pernah berdepan dengan seribu satu kerisauan selepas tamat belajar bukan?
Itulah tempoh di mana hala tuju hidup anda melangkah ke alam dewasa bermula. Titil di mana anda perlu berdikari mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan masa depan.
Tapi pada zaman sekarang mendapat kerja seperti yang diidamkan bukanlah satu perkara mudah. Mendapat kerja yang baik ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya persembahan ketika temuduga, pencapaian akademik, kepetahan bercakap, personaliti menarik dan banyak lagi.
Ramai juga yang terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama kerana tak dapat cari kerja. Tapi bukan itu pilihan kepada jejaka ini yang dikenali dengan nama Azmil.
Dia yang baru menamatkan pengajian dan belum ada kerja tetap memilih untuk menjadi seorang penghibur sebagai badut.
Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, Azmil berkongsi tentang usahanya untuk mencari wang untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak membantu keluarganya.
Sebagai seorang graduan yang baru tamat pengajian pendekatan yang diambil oleh Azmil ternyata mendapat pujian daripada ramai warganet nak memuat naik ciapan balas perkongsian tersebut.
Semua dapat balloons yg dyorg nak hehe, mula2 mcm takot bila dah ajak borak buat lawak mereka tak takot siap mintak pokok pisang kau ? jem kepala. pic.twitter.com/aDcdQom1uh
Azmil yang menggunakan tweethandle @MurahRezekiMil ini merupakan graduan dalam bidang Pengrusuan Industri yang bergiat secara aktif menawarkan pelbagai servis selain badut seperti pertunjukan silap mata, membuat belon dan apa sahaja bentuk permainan yang sesuai untuk parti terutamanya bagi majlis meraikan kanak-kanak.
Bergerak bersama grup atau syarikat Clownbadut Entertainment, Azmil turut berkongsi sedikit pengalamannya ketika melayan kanak-kanak.
MASKULIN cukup kagum serta terinspirasi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Azmil yang mampu berdikarid an mencari duit sendiri walaupun dalam bidang jauh berbeza yang dipelajarinya di universiti
Jika anda berminat dan ingin menyokong anak muda ini untuk berjaya dalam kerjayanya bolehlah hubungi Azmil menerusi Twitter atau Instagram milikinya.
Syabas buat Azmil yang tidak pernah jemu bekerja keras demi mencari rezeki. Siapa kata graduan tak boleh jadi badut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan nama asing dalam politik Malaysia, merupakan ahli politik yang cukup dikenali dan dihormati.
Syed Saddiq Nekad ‘Marathon’ Dari Muar Ke Parlimen
Ahli Parlimen Muar ini juga berani dan ketegasan dalam memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat Malaysia, khususnya golongan belia.
Syed Saddiq
Terbaru, Syed Saddiq melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan penafian peruntukan bagi Parlimen pembangkang.
Menurutnya, beliau akan berlari sejauh 200 kilometer (KM) dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmat rakyat di kawasan tersebut.
“Sudah lebih setahun kawasan Parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan. Kawasan Parlimen kerajaan menerima RM20 juta tetapi pembangkang tiada peruntukan.
“Kerajaan suruh runding. Saya sudah jumpa Timbalan Perdana Menteri dua kali dan sudah hantar surat tiga kali tetapi masih tiada perkembangan. Saya tidak boleh putus asa, daripada mengeluh lebih baik saya bertindak.
Kini Gunakan Kaki
“Dahulu saya korbankan rambut saya dalam Fundraiser Botak Challenge, buat kelas ThunderBOLD, masak dan jual lasagna serta jadi model untuk jual kurta. Kini saya gunakan kaki pula untuk dana di Muar dan sebagai tanda protes,” katanya menerusi video yang dimuat naik di X pada Rabu.
Syed Saddiq
Sebelum ini, dilaporkan kerajaan merangka draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, draf tersebut akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.
Syed Saddiq Nekad ‘Marathon’ Dari Muar Ke Parlimen
Susulan itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sendiri akan mewakili ketua pembangkang bagi menghadiri pertemuan dengan Fadillah bagi mengetahui perkembangan terkini status peruntukan tersebut.
Untuk info : Sebagai ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat terus berkhidmat dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk memastikan suara rakyat di kawasannya didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan yang dibuat di peringkat nasional.