Dato Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau mesra dipanggil Dato Alha, satu nama yang cukup terkenal dan tidak asing di kalangan VIP, selebriti ataupun bakal pengantin. Siapa yang tidak teruja apabila mendapat sentuhan solekannya.

Tak siapa menyangka perjalanan hidup Dato Alha di sebalik kejayaan hebatnya bergelar usahawan dan jurumekap profesional, tersimpan liku-liku kehidupan yang penuh inspirasi.

Dari seorang anak tukang kebun yang ingin lari dari kepayahan hidup, Dato Alha membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk berjaya jika adanya kegigihan, usaha, semangat juang yang jitu selain restu daripada orang tua.

Dulu Dikecam Jadi ‘Pak Andam’, Kini Dato Alha Buktikan Bidang Solekan Bukan Langkah Silap!

Permulaan bergelar ‘pak andam’ bukanlah langkah mudah. Ini kerana, Dato Alha pernah dikecam memilih karier jurumekap yang sinonim dengan wanita. Namun segala kecaman ditelan demi mengubah kehidupan keluarganya.

Ads

Dari cuba-cuba menjadi jurumekap model untuk pelajar fotografi, akhirnya Dato Alha diberi peluang untuk menjadi jurumekap untuk sebuah produksi drama. Artis pertama yang mendapat sentuhannya ialah Jihan Muse. Dan dari sinilah bermulanya kerjaya beliau sebagai jurumekap profesional kepada artis-artis dan selebriti tempatan.

“Dari Jihan Muse saya mengenali Zara Zya dan Amy Mastura. Kemudian rezeki saya semakin bertambah apabila artis-artis lain mula percaya dengan sentuhan mekap saya,” cerita Dato Alha kepada penulis MASKULIN.

Dulu Dikecam Jadi ‘Pak Andam’, Kini Dato Alha Buktikan Bidang Solekan Bukan Langkah Silap!

Ads

Sibuk sebagai jurumekap tidak menghalang Dato Alha untuk mengajar kelas-kelas mekap. Kejayaan kelas mekapnya telah menggerakkan hati Dato Alha untuk mengeluarkan produk sendiri sehingga lahirlah Alha Alfa Kosmetik pada tahun 2017.

Bermula dengan produk foundation, kini Dato Alha boleh berbangga kerana memiliki hampir 40 produk kosmetik lengkap yang memfokuskan pada produk penjagaan rutin wajah bukan sahaja untuk wanita, malah sesuai untuk golongan lelaki.

Pernah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, namun semua ini dianggap asam garam dan ‘mainan’ dalam dunia perniagaan demi menjadikan Dato Alha kuat dan cekal berdepan dengan rintangan.

Ads

Dulu Dikecam Jadi ‘Pak Andam’, Kini Dato Alha Buktikan Bidang Solekan Bukan Langkah Silap!

Hari ini nama Dato Alha hebat diperkatakan sebagai anak Melayu yang berjaya dalam perniagaan kosmetik, begitu juga perniagaan baju Melayu ‘Ready to Wear’ (RTW).

Yang pasti, hasratnya tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini, Dato Alha dalam proses mengembangkan perniagaannya untuk mengeluarkan kemeja slim fit dan suit ready made untuk lelaki.

Sumber foto: MASKULIN, NU Ideaktiv Sdn Bhd

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI