Dulu Digelar “Ugly Duckling”, Transformasi Selepas Berjambang Kini Model Kacak Ini Nampak Lebih Macho & Sihat.

Share

Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.

Lelaki ini dahulunya hanyalah seorang lelaki biasa tetapi kini semuanya berubah sejak melibatkan diri dalam dunia permodelan. Gwilym Pugh hanyalah seorang lelaki biasa berusia 21 tahun ketika memulakan syarikat insurans di bilik tidurnya. Bekerja dari rumah menyebakan dia mengalami kenaikan berat badan yang banyak, 280 paun dilaporkan.

Sehinggalah tukang gunting rambut menyuruhnya untuk membela jambang dan lihat transformasi lelaki ini, cukup sempurna!

Lihat penampilannya sekarang!

 

“Pada masa itu saya boleh dikatakan overweight, saya bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.

Tukang gunting rambut menyuruhnya membela jambang untuk penampilan yang baru. Sejajar dengan penampilannya yang baru, lelaki muda ini turut melakukan transformasi dengan mengamalkan diet seimbang dan membina badan.

Sekarang, Gwilym, 33,  adalah sebahagian daripada model AMCK agensi London. Dia telah bekerja dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Kerja kerasnya juga membolehkan dia menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99!

Terima kasih pada tukang gunting kerana kini penampilan lelaki muda ini nampak lebih macho dan sihat!

 

Sumber : Wanista

 

Published by
Ruziana Zainal